Fresh from the owner...

27 November 2014

UPSR bukanlah penamat cerita.


Semalam result upsr keluar. Kawan-kawan yang anaknya ambik upsr dah update dalam group anak masing-masing dapat 5A. Dua orang je pun anaknya ambik upsr. Haha... Yang lain tu ada anak tengah tunggu turn. Ada yang dah sudah. Haish, kawin awal masing-masing ni!

Anak buah aku dua orang ambik upsr. Tunggu jugak result tapi tak ada whatsapp pun dari kampung. Pukul 11 lebih pun result tak keluar lagi. Sekolah ni dari dulu memanjang je lambat. Tahun ni dropped budak-budak yang dapat 5A. Tekanan sebab kena repeat paper la tu. Baru upsr dah stress gila-gila dah budak-budak ni.



Dua orang anak buah aku ni. Yang sebelah kanan tu resultnya 4A 1B. Cemerlang daripada kakak dengan abang dia. Yang sebelah kiri tu result dia memang cemerlang jugak. 4B 1C. Aku macam terharu la dengar dia dapat 4B. Cikgu dia pun terkejut dengan result dia tu. Tak percaya. Habis tu macam mana? Haha... Yang 1 dia orang tu sains.

Halim aka De aku memang tak heran kalau dia dapat 4A pun. Dia okay je time belajar. Turun naik kelas tu biasa. Pengawas perpustakaan macam kakak dia jugaktime sekolah dulu. Kakak dia sekarang pun pengawas perpustakaan. Tapi Alan... rasa kelakar pun ada. Dia daripada darjah 1 sampai 6 duduk kelas belakang. Bangga tu duduk kelas belakang. Berjaya mengekalkan prestasi katanya. Itu la yang dia bangga-banggakan kalau aku tanya sampai bila nak duduk kelas belakang. Adeh...≥﹏≤

Membaca pun lambat. Darjah 5 kot br blh baca betul. Tapi tak berapa betul jugak lagi. Kiranya dia slow learner sebab dia pun lambat bercakap. Sampai sekarang pun pelatnya still ada. Kesan kerap sangat jatuh dalam bilik air kot. Tapi itulah... rezeki dia. Bangga jugaklah dengan pencapaiannya tu. Pada aku itu dah cemerlang sangat.


Dan semalam ada je yang aku nampak bawak tuala kecik. Senang nak menangis. Ada sorang mak ni nak belikan anak dia aiskrim. Kebetulan aku pun nal beli jugak. Puas la pujuk anaknya tu tapi anak dia tak layan. Tak nak la apa la... Mak dia pandang aku sambil buat muka. Nampak pakai uniform jadinya aku tanya baru ambik result ke? A'ah... jawab maknya. Tapi result tak macam yang dia jangka. Itu yang dia frust sangat sampai tak nak makan.

Kata maknya lagi, dia checked dengan cikgunya kertas math. Kalau ikutkan dia dapat A. Tapi tak sama dengan result. Abang dia cemerlang lagi. Patah hati la tu. Aku dengar je. Upsr bukanlah penentu. Ia cuma baby steps untuk maju. Tak semestinya result teruk takkan pandai sampai bila-bila. Ada semangat on je. Semua benda boleh.

Tapi budak-budak uang dah diajar stress dari kecik ni susah jugak. Cakap la macam mana pun... kalau dia nak A, mesti dapat A. Dapat B macam ni la jadinya. Which I'm trying to avoid from applying this to my kids. Tak boleh nak score macam orang lain tak apa la. Ikut kemampuan diri. At least dah cuba. Berusaha dan mencuba. Selebihnya Allah tentukan.

Yang mana cemerlang upsr ni, tahniah. Well done. Good job kids. Yang mana tidak tu, cuma lagi next time. Panjang lagi masanya. Good luck. Pada anak buah aku yang dua orang tu... congrates!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Mmg la kalau kita fikir, apa la sgt upsr tu. Sepatutnya tak perlu terlalu kecewa kalau tak cemerlang. Tapi mungkin bila ada yang berharapan dpt cemerlang tp tak dpt cemerlang tu jadi frust. Bukan pasal exam tu jugak, tpi mmg sifat manusia selalu sedih kalau apa yg diinginkan tak jadi kenyataan. Apapun, tahniah utk De.

    ReplyDelete
  2. Syabas pd keduanya.....

    Akak setuju...belajar ikut kemampuan dan yg plg pnting jgn bagi tekanan pd ank2.skrg ni ibubapa trlalu tegas..mrk masih kecil lagi....blm matang...byk yg mrk perlu belajar....

    W.pn akak brgelar guru, akak sgt toleransi dgn ank2...xpernah memaksa mrk belajar cuma akak beri mrk nasihat n motivasi.....dan ank2 akak xpernah dihantar tuisyen di luar hingga mrk SPM...bagi akak tuisyen kt sk dh lbh dr ckup. Alhamdulillah 4Farah mampu buktikan mrk mampu dpt 5A dlm UPSR ....d

    ReplyDelete
  3. tahniah buat keduanya... mmg kesian tgk budak2 ni kena repeat paper hari tu... stress jadinya...

    ReplyDelete
  4. hmmm aida plak memang exam-oriented.
    nak anak2 score and nak juga diorang aktif koku.
    so anak2 aida da tau dah pe'el ibu dia ni.
    semua A tapi aida cungkil plak kualiti A diorang tu ha ha ha ha... aduhai!!!
    sebab apa tau, aida adik-beradik dibesarkan mcm tu. utk score. if not abah marah :(
    asben sederhana aje... dia kekadang suruh aida sabar :)

    ReplyDelete
  5. thanks sal.. ingatkan akak jugani.. anak2 kecik lagikan.. tuler kalau boleh tak nakler diaorang stress tapi mak dia stress lebih tengok anak orang hebat2 walaupun tanamkan dalam fikiran takper22... tapi mana boleh anak akuni dah bagi macam2 tak juga boleh majukan.. ha.. ha.. tapi akak okjer anak2pun dah tau ibu tak marah punya.. .tapi dalam hati mak korangni macam gunung berapi...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign