Fresh from the owner...

02 November 2014

Terima kasih Mat Yo!




Merata-rata dok cerita tentang bola. Final Pahang dan JDT. Stadium penuh. Padang dengan skrin berskala besar pun penuh. Semua nak tengok bola. Kedai mamak apatah lagi. Aku tengok pun kejap je. Lepas JDT leading dengan 2 - 1, aku bawak anak-anak naik bilik, tidur. Tambahan pulak dengan flu ni. Tak ada makna nak menonton bola der. Last sebelum aku tertidur, Pahang berjaya ikat JDT. Lepas tu semuanya terpadam. Haha... (*゚▽゚)ノ

Tersedar kemudiannya tengok ada dua whatsapp daripada encik suami. Dah replied, tengok fb sebab nak tau keputusan bola. Eh, Pahang menang! Juara lagi. Biarpun bukan kemenangan sebab penalti, tapi tetap la menang kan?! Aku ni duduk ke Johor tapi tak ada la nak sokong JDT walaupun ahli kecik dalam rumah ni lahir kat Johor. Kesian... dia sorang je orang Johor. Encik suami dan Alya orang Terengganu. Anis, Azfar dan aku orang Pahang. Ngeee...

Semua dok menyalahkan Mat Yo sebab gagal sempurnakan penalti. Dah nasib badan, Mat Yo yang kena. Kalau Mat Yo sepak penalti tadi dan gol, mesti orang julang dan sanjung. Bila tak masuk, semua dok kata, buang je Mat Yo tahun depan. Kesian Mat Yo. Dan hakikatnya macam tu la. Kalau menang dijulang. Kalah sure kena tendang. Dah adat permainan. Kena ada yang menang. Ada yang kalah. Mana boleh seri. Dah tertulis Pahang menang, jadi menang la Pahang. Biar la tak ada pemain terbaik pun tapi anak jati sendiri main untuk pasukan itu kan lebih baik... ( ˘ ³˘)♥

Apa pun, terima kasih Mat Yo sebab kegagalan anda menjaringkan gol melayakkan Pahang untuk menjulang piala ini sekali lagi. Hogoh Pahang Hogoh! Terbaik!!!

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. TAHNIAH tok gajah.....tumpang gembira....

    ReplyDelete
  2. Wah, ini sudah melampau tau Sal ^_^ Kalau dok Johor kenang sokong JDT. Undang-undang baru diperkenalkan *_*

    Saya tak tengok bola tapi kalau JDT ada, wajib sokong JDT. Err, ke saya kena sokong pasukan lain sebab duk KL? Sayakan si Tanggang. Huahaha.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign