Fresh from the owner...

16 November 2014

Terima kasih dan selamat tinggal.


Langkah kedua Alya sebagai pelajar tadika bermula di sini. Langkah pertama Anis juga di sini. Sudah dua tahun masing-masing menimba ilmu di Tadika Sri Kancil. Guru-guru untuk tahun ini saja silih berganti. Jika tahun lepas hanya 3 orang, penghujung tahun bertambah lagi seorang. Kemudiannya berhenti, kekal 3, berhenti dan bertambah. Begitulah. Sehingga ke hari ini kekallah bertiga.

Hari ni hari bertemu ibu bapa. Hari untuk ambil report card. Alhamdulillah... Dapat pics convo Alya termasuk dengan pic kelas beserta gambar pasport untuk kegunaan darjah 1 nanti. Tak payah penat-penat nak ke studio. Cikgu dah sediakan.


Perkembangan Alya cukup baik. Dah banyak yang dia achieved sepanjang berada kat Tadika Sri Kancil ni. Kebolehan, komitmen... Alya memang highly motivated. Keinginan dia pun sama tinggi jugak. Selagi tak dapat selagi tu la dia cuba. Itu Alya. Exams dia baru-baru ni okay jugak.

Cuma maths la dia ada buat minor mistakes. Mungkin sebab soalan tu buatkan dia tak faham mana nak jawab. Tak apa. Ada masa untuk belajar lagi. Boleh perbaiki kekurangan tu kat sekolah rendah. Jangan rasa tertekan dengan kelebihan orang. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Bila kita pandang orang 'terlebih', kita lupa dengan keupayaan diri sendiri.


Ini jugak tahun terakhir untuk Anis. Next year dia masuk pra. Rasa sayang pulak lepaskan dia masuk pra. Bukan sebab pra tak bagus walaupun aku ada dengar-dengar pra kat sini macam kureng sikit, tapi dia dah selesa dengan tempat ni kan. Tapi terlalu selesa pun tak boleh jugak. Tak apalah. Dia boleh belajar environment sebenar sekolah bila dia masuk pra.


Perkembangan dia pun okay. Exams okay tak ada masalah. Cuma Anis bukan macam Alya. Adik-beradik dah tentu tak sama dalam semua segi kan? Anis ni asal boleh je. Banyak 'tak apalah' berbanding buat. Tak semestinya dia mengadap homework lepas balik sekolah, kerja tu akan siap. Kadang-kadang esok pagi baru sambung buat semula. Macam mana tu? ^o^

Ada masa tengah buat homework, pergi makan la. Minum air la. Sudahnya kerja tertangguh. Sabar je la. InsyaAllah... Next year boleh perbaiki mana yang kurang. Tambahan, ada jugak kawan dia daripada tadika sekarang yang dapat pra walaupun tak sekelas.


Alhamdulillah... perkembangan dua beradik ni okay sangat kat kindy. Terima kasih cikgu-cikgu Tadika Sri Kancil. Tanpa permulaan ini, anak-anak aku mungkin takkan secemerlang sekarang. Dan selamat tinggal kerana tiada lagi yang akan memulakan langkah baru di sana mengikuti jejak langkah si kakak.

Untuk anak-anak, Ibu doakan agar kamu semua jadi insan-insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Semoga berjaya gapai impian masing-masing hendaknya. Amiiinnnn...

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Semoga doa ibu Alya dan Anis dimakbulkan. Amin..

    ReplyDelete
  2. Selamat melangkah ke alam persekolahan yang baru..lebih mencabar nanti. semoga anak2 kita berjaya dengan cemerlang

    ReplyDelete
  3. baca entry ni, aida teringat plak last year graduation day syuhada. time ada lagu perpisahan tu aida mengalirkan air mata... anak2 dara da abis tadika :(

    ReplyDelete
  4. Betul tu, Sal. Setiap anak memang berbeza. Ingatkan tahun depan nak hantar Adik ke kindie pada mulanya tapi rasa kena batalkan niat tu. Daddynya suruh masuk bila umur 5 tahun nanti. Lama sangat belajar, nanti jemu katanya. Ikutkan ajelah.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign