Fresh from the owner...

13 November 2014

Telekung lycra tidak sah solat.


Terbaca tentang ni kat instagram dua hari lepas. Kemudian ada yang upload kat group usrah. Bagus jugak ada group macam ni. Boleh timba ilmu. Berkongsi sesuatu yang tidak kita tahu. Aku pun tak berani nak kata telekung lycra tu buatkan solat kita tak sah. Sebab lycra yang aku ada tebal je. Warna pun gelap. Semoga apa yang tertulis bermanafaat untuk semua.



Soalan :

Apakah hukum memakai kain telekung lycra semasa solat? Adakah benar tidak sah solat dengan memakainya kerana nampak susuk badan?

Jawapan :

بسم الله الرحمن الرحيم

Telekung lycra menjadi pilihan wanita, pada pandangan kita, ialah kerana faktor cuaca di tempat kita. Apatah lagi jika seseorang wanita itu sedang berbadan dua, ataupun sedang di ambang menopause. Mereka ingin beribadah dengan selesa, lalu ingin memilih jenis kain yang selesa dipakai.

TELEKUNG BUKAN SYARAT SAH SOLAT

Selalu kita sebutkan, memakai telekung bukankah suatu kewajipan. Syarat sah solat itu ialah menutup aurat, bukan memakai telekung solat. Pakaian untuk solat tidak semestinya berwarna putih, tidak semestinya kosong tanpa corak. Jika pakaian harian kita sudah bersih, cukup syarat menutup aurat, longgar, kita boleh solat dengan pakaian harian itu.

Memakai telekung bukan syarat sah, tetapi kerana kebiasaan dan keselesaan kita, walaupun pada asalnya supaya aurat lebih tertutup dengan sempurna. Mungkin juga kerana pakaian harian ataupun pakaian kerja kita tidak cukup syarat menutup aurat, makanya, apabila hendak solat, kita memang mesti memakai telekung untuk menutup aurat yang masih tidak lengkap tertutup.

Sebenarnya, aurat dalam solat dan aurat di luar solat (apabila ada lelaki ajnabi/bukan mahram) sama sahaja. Sama perlu ditutup sempurna, sama batas auratnya. Bahkan ada mazhab yang mengatakan aurat dalam solat semasa tiada lelaki ajnabi lebih ringan berbanding aurat di luar solat. Bagi mazhab Abu Hanifah, kaki (ظهر القدم) boleh dibuka apabila solat semasa ketiadaan lelaki ajnabi.

PAKAIAN KETAT ATAU MENAMPAKKAN SUSUK BADAN SEMASA SOLAT

Persoalan dalam hal ini sebenarnya ialah, apa hukum solat dengan memakai pakaian yang ketat/menampakkan susuk badan, sedangkan pakaian itu memang tebal tidak menampakkan kulit, dan sudah menutup bahagian aurat yang perlu ditutup?

Para ulama' mengatakan solat itu SAH, tetapi MAKRUH, dan jika ia dipakai semasa solat yang dapat dilihat oleh lelaki ajnabi, perbuatan itu BERDOSA.

Antara lain :

Al-Syeikh Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah mengatakan :

"Wajib memakai pakaian yang menutup aurat, walaupun pakaian itu ketat menampakkan bentuk aurat. Sekiranya pakaian itu nipis sehingga nampak putih ataupun merahnya kulit, pakaian itu tidak boleh dipakai dalam solat."

Al-Syeikh Saleh al-Fawzan memfatwakan sahnya solat wanita yang memakai pakaian ketat yang menutup seluruh bahagian auratnya, dalam masa yang sama, berdosa memakai pakaian begitu.

Beliau mengatakan :

"Pakaian ketat yang menyerlahkan bentuk badan wanita tidak boleh dipakai. Pakaian ketat tidak boleh dipakai baik oleh lelaki mahupun wanita, lebih-lebih lagi kaum wanita, kerana lebih banyak fitnah ada pada mereka.

Adapun hukum solat dengan memakai pakaian ketat, sekiranya ia menutupi bahagian aurat, maka solatnya SAH kerana adanya penutup aurat, namun berdosa orang yang solat dengan memakai pakaian ketat, kerana dia (seolah-olah) melanggar satu daripada peraturan solat dengan sebab ketatnya pakaian yang dipakainya itu. Ini dari satu sudut.
Dari sudut kedua pula, ia menarik pandangan, lebih-lebih lagi kaum wanita. Maka wajib bagi wanita memakai pakaian yang longgar sempurna menutup auratnya :
tidak menampakkan bentuk badannya, tidak menarik pandangan kepadanya, tidak nipis ataupun jarang, sebaliknya pakaian itu hendaklah menutup wanita itu dengan sempurna."

KESIMPULAN : HUKUM TELEKUNG LYCRA?

➡ Sekiranya telekung lycra dipakai menyerlahkan susuk badan, maka hukumnya sama seperti pakaian ketat. Sah solat, tetapi makruh. Berdosa jika dipakai di hadapan lelaki ajnabi.

➡ Sekiranya pakaian harian yang dipakai itu tebal, sehingga memakai telekung lycra pun tidak menampakkan susuk badan kerana sudah dilapisi pakaian tebal di dalamnya, ia tidak dikira sebagai ketat.

Pastikan pakaian yang kita pakai tidak menyerlahkan susuk badan, tidak kira apa jenis pun nama kain dan potongannya. Baik di dalam solat, mahupun di luar solat, apabila dapat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram.

والله اعلم


Rujukan ringkas :

Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah
Abu Malik Kamal, Sahih Fiqh Sunnah
http://islamqa.info/ar/143733
http://islamqa.info/ar/46529
http://ar.m.wikipedia.org/wiki/قدم

Boleh jugak rujuk blog ni untuk tambah ilmu: Blog Ustazah Ani

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. kita pernah terfikir juga pasal ini. sebab kainnya lembut tapi memberat.
    so dah ada entry akak ni, ambil pengajarannya. thanks for sharing akak.

    ReplyDelete
  2. aida memang tak brape suka lycra. telekung ke baju ke... most of it akan nampak badan hu hu hu...

    ReplyDelete
  3. lya ada terbaca gk psl ni.. n mmg ada terfikir gak psl ni.. mmg dari awal lya sdri x rsa nak beli sebab kain tu jatuh ikut badan kan..

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya bukan telekung yg jadi ukuran. Yg penting tutup aurat dgn sempurna dan tidak menonjolkan bentuk tubuh..

    Tp sbb lycra ni umumnya melekat kat badan tu yg jadi isu.. Walhal lycra ni pun ada mcm2 jenis, yg nipis yg tebal, yg melekap yang tak melekap..

    Tapi bagus juga timbul isu ni, jd sama2 kita beringat..

    ReplyDelete
  5. tq sharing, sy suka gak pakai lycra ni, tp ada gak lycra yg ok kan.

    ReplyDelete
  6. baru terfikir nak beli..kata ustaz sah kan..tp tulah terfikir2 byk kali juga nak beli..

    ReplyDelete
  7. Thanks kak kongsi info..
    Ina punya telekung pn warnanya gelap..
    Mmg x nmpk susuk tubuh kak sbb tebal kainnya..
    Dtg ziarah sini hujung mggu.. ;)

    ReplyDelete
  8. ermm.. hana pun ada gak berat n tebal.

    ReplyDelete
  9. Banyak juga baca pasal ni. Saya ada satu tapi gunakan di rumah sahaja disebabkan warnanya yang striking. Bukan beli tapi pemberian kakak. Yalah walaupun sah tapi makruh, lebih baik kalau tak pakai langsung telekung lycra ni.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign