Fresh from the owner...

25 November 2014

Selesema dan batuk.




Bukan aku tapi Aus. Selesema dan batuk. Tidur pun tak lena mana sebab dok batuk je. Siang ada jugak dengar dia batuk. Tapi kejap-kejap je la. Bila malam, memang selang seminit batuk. Tekak gatal je. Keaian dia.

Semalam lepas muntah, memang dia tak lena sampai ke pagi. Pukul 6 dah bangun mandi. Lepas tu aku bawak turun bawah la. Bagi tidur dalan buai. Harap-harap lena la. Still kejap-kejap batuk tapi tak seteruk kalau tidur atas tilam. Habuk terlebih la tu.

Sekarang ni dia tengah tidur kali kedua. Biasanya tidur siang cuma dua kali je. Pukul 9 dengan pukul 3. Tadi pukul 6.30 dah tidur sekali, ni lagi sekali memandangkan dia tak sihat mana. Petang nanti mungkin tidur lagi sekali kot. Tak tahu la.

Makanya dengan ini, aku pun nak lelapkan mata barang sekejapan. Hoho... Asalnya entri ni lain. Tapi hp ni sengal pulak. Dia pergi save entri kosong. Entah apa-apa entah. Sabar je la. Buat jugak la entri ringkas ni. 

Actually ni kali kedua jadi. Hangin je rasa. Mungkin sebab line jugak kot. Tak tau la. Apa pun kalau guna hp memang kena taip sepatah dua kata je sebabnya kalau entri hilang, hati tak la sakit sangat... ≥﹏≤

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. alolo kesiannya..moga cpt sihatye aus...

    ReplyDelete
  2. Dah sihat ke Aus? Kesian dia. Kalau budak kena batuk, selsema ni kita pun jadi siksa melihatnya.

    Anak tidur, emaknya pun apalagi. Itulah time nak renggangkan kaki. Bukan selalu dapat, ya tak?

    Saya kalau handphone ni memang tak pernah menulis entri. Mau melalak dah tulis panjang-panjang tetiba hilang. Idea bukan boleh recover balik ^_^

    ReplyDelete
  3. mg kesian kalau anak batuk selsema... moga aus segera sembuh...

    ReplyDelete
  4. moga aus sihat ye...
    aida mesti taip entry dgn laptop.
    if kat tab / phone, tak brape best!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign