Fresh from the owner...

02 November 2014

Sakit itu rahmat.



Sakit yang datang tanda Allah sayangkan kita kan? Reda dengan sakit yang datang. Sebelum ni encik suami yang demam. Kesnya buang sampah dalam hujan. Lori sampah datang tak menentu sekarang. Sengal je. Masa lori sampah datang, hujan. Ada satu plastik sampah yang tak letak dalam tong sebab dok punggah barang-barang. 

Jadinya malas nak guna banyak plastik beg. Encik suami pulak jenis manja. Tak boleh kena hujan. Nak kejar ke lori sampah, aku mintak dia je buang sebab aku nak kena sarung tudung lagi, Aus lagi. Ambik masa la kan. Akibatnya, esok demam dengan selesema plus batuk.

Lepas encik suami, Aus pulak batuk, selesema dengan demam. Next was Anis. Kemudian maknya pulak. Adeh... Bergilir-gilir. Aus ada ragam sikit la sebab lama jugak tak sakit. Alhamdulillah, demam tak lama. Selesema dengan batuk je yang tinggal. 

Bila mak take over, still boleh buat kerja. Cumanya ada rasa pening-pening sebab selesema. Hidung ni 24 jam gatal je. Berhingus bagai. Huhu... 'Nikmat' yang Allah bagi. Tapi tak apa. Sakit ni menghapus dosa-dosa kecik kan?!

Mood nak berblog tu ada. Tapi ada je kerja nak kena buat. Tak terkejar pulak nak menaip even satu entri pun. Tambahan masa Aus demam bagai, langsung tak nak berenggang. Sabar je la. Nasib baik jugak la budak-budak ni bila dah besar, sakit je nak abah. Bukan nak ibu. Selamat. Haha... Ini pun sambil-sambil baring je menaip entri sekeping. Boleh la daripada tak ada langsung... ^o^

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Btul kak sal sakit tu kifarah..
    Penghapus dosa kecil..
    Semoga semua cpt smbuh ye..
    Ina pn dh gatai nak menulis blk kak..
    Nnt dtg ler jenguk kami ek pintu dh bkk blk.. Hihi

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh ye kak.. untung anak2 dah besar semua nak abah, boleh la ibu rileks. hihi...

    ReplyDelete
  3. yang xtahan bila kluar hingus yg cair tu....adeh.....nk sujud pn meleleh2....

    ReplyDelete
  4. lupa nk jwb pertanyaan sal....akak johor daerah Ledang.

    ReplyDelete
  5. Selalunya bila mak-mak jatuh sakit, itu yang susah. Dalam rumah saya ni pun, sayalah yang jarang jatuh sakit. Tapi kalau dah sakit, memang melepek dan lama nak sihat semula.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign