Fresh from the owner...

09 November 2014

Pra Sri Cahaya.



Alhamdulillah... Urusan registration dengan ukur uniform pra Anis dah setel semalam. Rezeki dia untuk masuk pra next year. Bukan senang nak masuk pra. Borang permohanan dikeluarkan dalam 150 keping je. Tapi masa aku hantar borang Anis tu tak sampai 100 orang pun hantar semula borang tu. Itu pun aku hantar kiranya hari last dah tu. Reason hantar last day sebab encik suami kena setelkan fotostat slip gaji terbaru dia.

Masa Alya dulu tak sempat ambik borang pun walhal tarikh tutup untuk ambik borang panjang je lagi. Itu pun sebab termissed. Baru pindah sini. Jadi macam blur sikit la. Masa tanya dia cakap borang dah habis. 200 borang last year tapi yang returned semula tak sampai pun 100. Tu pasal tahun ni dikurangkan pengeluaran borang tu kot. Habis tu kalau 150 borang keluar tapi yang hantar tak sampai pun 100, macam mana tu?

Lepas register, kena dengar taklimat. Tapi dalam 3 orang yang bagi taklimat cuma seorang je aku boleh fokus. Yang lain-lain macam cakap sorang-sorang. Suara kena telan dengan mic. Pra sekolah ni ada 3 buah kelas. Setiap kelas cuma ada 25 orang students je. Jadik next year tak ada lagi tadika swasta kecuali untuk Azfar je la.

Cumanya, waktu kedatangan ke sekolah seawal jam 7 pagi. Hoho... Terbaik!!! Alya memang kena ambik van la untuk ke sekolah agama. Kalau tak, takut tak terkejar. Sebab sekolah agama dengan sekolah kebangsaan ni halanya berbeza. Azfar aku boleh mintak cikgu datang ambik dengan hantar. Sekolah kebangsaan waktu petang untuk Alya aku boleh hantar dengan ambik. Tak ada masalah kot. Harapnya la.

Apa-apa pun semangat jugaklah maknya ni nak setelkan anak-anak sekolah next year. Mesti pening-pening lalat dibuatnya. Haha... Tadika Seri Kancil, selamat tinggal. Kemungkinan besar Azfar pun takkan dihantar ke situ lagi dah sebab plan untuk Azfar dengan Aus berbeza. Dipermudahkanlah hendaknya. InsyaAllah...

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Mesti x sabar nak sekolah tu.

    ReplyDelete
  2. Oh, tak ramai rupanya yang berminat nak ke pra. Kenapa ya? Rugikan kalau keluar borang 200 pulangnya tak semua. Lebih baik jangan ambil kalau tak pasti. Apa-apa pun good lucklah ya untuk tahun depan. Banyak misi tu ^_^

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign