Fresh from the owner...

20 November 2014

Hari terakhir...



Last day kat kindy. Tak sempat nak beli hadiah kat cikgu-cikgu. Jadinya bagi kek je la. Ingat nak cari pin shawl. Tapi tak keluar ke mana-mana nak carik pin shawl apanya. Haha... Syahdu pulak rasa. Tetibe je kan?! Sampai cikgu pun cakap kat budak dua beradik, kenapa Anis tak teruskan kindy dia kat situ. Nak buat macam mana. Anis dapat pra.

Tapi cikgu-cikgu pun suka jugak dengan Anis. Kalau aku ambik dia orang, Anis mesti cakap... hari ni dapat gula-gula la, cikgu ni bagi nuget, cikgu tu bagi bekal dia sikit. Memang ada je la benda dia dapat sampai Alya pun cakap: 'Asyik Kak Ngah je.' Haha... Nak buat macam mana. Dah cikgu nak bagi.

Kek ni asal kejadiaannya okay je. Tapi dilanyak Azfar masa dia melompat-lompat dalam kereta. Adeh... Nak marah-marah pun buat apa. Bukan boleh betulkan pun. Nasib baik sikit je cacatnya. Tak apa la. Janji boleh makan... ^o^

Alya dengan Anis pun ada tanya kenapa tak boleh sekolah kat situ lagi. Kalau Alya memang tak boleh la sebab nak masuk darjah 1. Anis pulak abahnya nak dia biasakan diri dia dengan environment sekolah. Cuma Azfar je tak tahu nak hantar ke sekolah mana lagi. Rasa macam nak hantar ke Seri Kancil jugak. Tengok la nanti macam mana.

Sekarang ni nak plan aktiviti cuti sekolah. Kalau tau balik kampung, senang. Tak tahu ni kena plan aktiviti berfaedah sikit la. Tambahan bacaan untuk Alya, spelling untuk budak dua-beradik ni jugak. Layihan menulis untuk Azfar. Tambahan 'menyibuk' untuk Aus. Haha... Harap-harap okay la hendaknya.

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Akk pun x beli apa apa utk thn ni. Tahun depan danial sekolah lagi.

    ReplyDelete
  2. Anak saya hari terakhir tak pergi sekolah pun. Enak berehat di rumah main game walaupun cikgu kelas dah warning siapa tak datang last day, tak dapat naik Tahun 3. Dia percaya tapi ada sedikit musykil sebab katanya kawannya yang seorang tu dah balik ke Cina, takkanlah kawan tu cikgu tak bagi naik kelas! Hihihi...

    Bagus Sal siap sediakan kek lagi. Masa Abang habis kindie rasanya saya tak bagi apa-apa pun. Punyalahkan...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign