Fresh from the owner...

01 November 2014

Graduation Day yang ditunda.




Dah nak habis tadika dah Alya. Cepat je masa kan. Sedar tak sedar dh nak masuk darjah 1 tahun depan. Sepatutnya malam ni graduation day dia. Tapi ramai pulak parents mintak tukar sebab nak tengok bola. Sengal je. Encik suami takde hal pun buat malam ni. Sebab dia bukan kaki bola 100%. Tengok tu tengok jugak. Tapi tak taksub la. Kalau kena kerja, tak tengok bola pun tak apa.

Elok-elok buat hari sabtu malam, tunda pulak ke jumaat malam. Dah la jumaat encik suami kerja. Tak ke dah susahkan orang tadika ni? Nak senangkan parents lain, ada pulak parents lain yang susah. Tak pasal-pasal kena apply cuti. Walhal kalau buat malam ni pun tak ada hal. Ada je tadika lain buat malam ni. Parents mana la yang taksub sangat tengok bola tu? Huhu... Sabar je la.

Kebetulan encik suami this week dah dua kali cuti. Sekali tu sebab dia demam. Yang sekali lagi sebab Aus demam. Of course la dia as abah tak nak miss moment anak buat perfomance kan. Tambahan pulak ni tahun last Alya kat tadika ni. Anis jugak. Cumanya, Anis tak buat perfomance. Nanti datang tengok je. Next year Anis dapat masuk pra. Bukan senang nak masuk pra kat sini. Alhamdulillah... ada tertulis rezeki buat Nur Anis Insyirah.

Graduation Day Alya yang sepatutnya berlangsung 1st Nov bertukar la tarikhnya ke minggu depan 7hb. Sabar je la. Reda! Setiap kejadian ada sebab dan hikmahnya. Sentiasalah berfikiran positif. Hmmm...

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Laaa... sebab bola pun boleh tangguh graduation. Ni makpak minta ke atau cikgu sekolah yang minta tukar tarikh nih....

    Teringat graduation day untuk si Abang, of course dua tahun yang lalu. (Anak dua je, kenalah asyik-asyik ingat cerita lama) Bukan main buat performance atas pentas sampai berkaca mata Mommy nih. Emo tak memasal!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign