Fresh from the owner...

10 November 2014

Gigi kekal pertama.



Sudah besar. Tadi aku tengok dia makan mempelam. Lain macam cara makannya. Pelik, jadinya aku tanya kenapa makan macam tu. Alya jawab yang gigi bawah dia bergoyang. Sebatang je. Aku cakap okay la. Nanti tumbuh gigi baru. Dia jawab, bergoyang sebab ada gigi baru tumbuh. Aku tengok la. Eh, dah ada gigi kekal!

Haha... Macam excited la pulak. Padahal gigi je pun. Ala, apa-apa yang melibatkan anak-anak ni memang teruja. Bila besar dia orang tahu - ooo... masa ni gigi aku keluar rupanya - semua benda mak ni nak cerita... °.*\( ˆoˆ )/*.°

Adik-adik dia lagi teruja. Haha... Aku expect gigi kekal dia tumbuh masa umur 7 tahun. Awal pulak keluarnya. Biasa kalau gigi susu lambat tumbuh, gigi kekal pun sama. Tak kisah la tu. Cumanya aku pesan kerap-kerap la goyangkan gigi tu. Nanti lagi cepat dia tercabut. Dia pulak dok suruh aku yang goyangkan. Alahai anak... Sabar je la.

Bila gigi kekal dah ada, makanya segala bentuk coklat mahupun gula-gula memang kena kurangkan la. Itu abah dah pesan lama dulu dah. Kecuali kalau kawan-kawan bagi. Ada exception la. Kalau beli sendiri memang tak la kan...

Kalau kat kampung ni mahunya hari-hari dok kunyah gula-gula je. Tukang belinya ramai. Dok sendiri ni boleh kontrol walaupun kadang-kadang dapat jugak daripada cikgu-cikgu dengan kawan-kawan. Hmmm...

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Kak sal..falsya rase kan kalau qisya nnt gigi goyang ke ape ke, mmg falsya angkat tgn suruh apaknye settlekan..sbb falsya ngilu bab2 gigi nie dr dulu lagik..huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Dah tumbuh gg kekal ye. Nanti kena rajin gosok gg baru gg cantik dan bersih.

    ReplyDelete
  3. Apa-apa pasal anak memang kita mak-mak ni teruja sangat. Habis semua nak masuk blog. Hahaha. Sama patternlah kita!

    Abang rasanya gigi susu start menjatuhkan diri sejak 7 tahun. Sekarang ni dah banyak gigi kekal. Semua tanggal sendiri sebab goyang lebih ^_^

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign