Fresh from the owner...

11 November 2014

Exam oh exam...



Nak buat entri ringkas je sebenarnya. Entah boleh entahkan tidak. Sebab tadi bukak fb. Nampak satu status kat fb pasal parent ni tak dapat nak akses result exam anak-anaknya. Jadik kalut kejap. Serba tak kena mak ni dibuatnya. Selagi tak tahu result, selagi tu la hati tak tenang. Ye la... mak bapak dah berhabis duit bayarkan tuisyen untuk anak-anak. Kalau tak score tak tahu la. Anak-anak ni sekolah rendah lagi. Belum darjah 3 pun.

Tinggi harapan parents untuk tengok anak-anak score. Tapi at this kind of age, result exams tu penting ke? Okay la. Penting. Tapi kalau dapat B ke C ke... dah dikira gagal? Kadang-kadang kesian dengan budak-budak bila parents expect more daripada apa yang dia orang boleh buat. Bukan bermaksud dia orang tak boleh buat. Tapi ada budak-budak ni lambat sikit perkembangannya.

Tak semestinya tak excell masa sekolah rendah dia oang takkan boleh buat langsung. Ada je result spm biasa-biasa je tapi masa kat uni cemerlang. Ada je daripada sekolah rendah dah bright gila. Itu bonus. As parents rasanya kita bagi galakan dan dorongan je la. Kalau tak boleh buat, tak apa. At least dia orang dah cuba kan? Itu yang penting.

Biar la apa orang nak cakap asalkan dia orang tak stress dengan harapan tinggi ibu bapa ni. Even dapat result cemerlang dan masuk SBP pun belum tentu dia orang akan terus cemerlang sampai ke akhirnya kan? Ada je yang sekolah biasa tapi result gempak. Atas keinginan dan usaha individu tu sendiri. Dapat masuk SBP ni kira bonus sebab cikgu-cikgu dia antara yang terbaik. Tapi yang orang tak tahu cikgu-cikgu pun stress nak kena kekalkan ranking.

Aku pun daripada sekolah harian. Tak ada stress-stress zaman belajar dulu. Habis je degree. Alhamdulillah. Jadinya aku pun tak nak la anak-anak aku rasa tertekan semata-mata nak score dan gembirakan hati parents dia orang ni. Janji dah usaha. Selebihnya doa dan tawakal la. Doa ibu bapa jugak penting. Doakan yang terbaik untuk anak-anak.

Okay, itu aku cuma point of view. Ada orang mungkin tak setuju. Tak apa. Pilihan masing-masing. Jangan sampai anak-anak stress dah la. Cemerlang tapi stress tak ada makna. Tambahan dengan sistem baru sekarang ni. Ya Allah... permudahkanlah urusan anak-anakku di dunia dan akhirat. Amiiiinnn....
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Semua mak ayah nak tengok anak anak berjaya kan. Insya Allah. Bila dah berjaya nanti jangan lupa mak ayah sudah la.

    ReplyDelete
  2. I dah check online sejak si Abang masuk Tahun 1 tapi cikgu sekolahnya langsung tak buat. Tapi I takdalah meroyan tak tentu pasal sebab tak dapat tengok result anak. My son did well dalam examnya tapi nak kata cemerlang, gemilang dan terbilang sampai naik stage tu takdalah. Yalah, kena faham dia sekolah Cina. Bukan senang nak cantas semua budak Cina yang ada. Dapat cantas semua dalam kelas tu pun I dah senyum. Hahaha. For me, result sekolah rendah ni apalah sangat. Bukan boleh buat untuk cari kerja ke, masuk uni ke, etc. Kalau tak cemerlang sekarang doesn't mean dia tak akan berjayakan. Mana tahu bila dah besar sikit, akal dah panjang dah tahu camna nak jadi cemerlang nanti. Itu takdir dialah. Kita ni membantu dan mendoakan sahaja.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign