Fresh from the owner...

10 November 2014

Botol pun okay.



Aus dah belajar minum fm thru botol. Senang kalau nak tinggalkan dia dengan encik suami. At least ada susu. Tak ada la dia meragam sangat. First time cuba, beli dugro small size. Testing katakan. Botol susu pun kecik je. Balik rumah tried bagi, alhamdulillah... dia minum walaupun tak habis. Masa tu buat pun sikit je. Plain dugro aku belikan. Hari yang sama tapi waktu berbeza baru la nampak dia habiskan susu yg aku buat suku botol je. Tak ada reject. Minum okay je.

Dia sorang je minum susu putih. Kakak-kakaknya minum dutch lady coklat. Kemudian tukar dengan dugro coklat. Bila putus botol, terus putus susu. Cuma sekarang ni ada la jugak nak minum semula susu coklat. Alya request daripada abahya suruh beli. Tapi tukang minum banyaknya si Azfar. Azfar daripada kecik reject botol. Paten lain ni. Memang tak nak minum ikut botol. Kalau dalam cup okay je.

Tu la kata... anak-anak ni ragamnya berbeza-beza. Takkan sama antara satu sama lain. Kalau ada pun sikit sangat la persamaan dia orang tu. Alya dengan Anis pun dah pandai buatkan susu untuk Aus. Biasanya, Anis la yang buat. Cakap je adik nak susu, mesti dia volunteer nak buat. Hehe... Senang kerja ibu kan. Tukang bagi susu pulak biasanya Alya sebab Aus lagi suka Alya berbanding Anis.

Kak Long layan adik lembut sikit. Kalau Kak Ngah ni kasar. Apa-apa pun memang dia nak dengan Kak Longnya. Dah nama pun Kak Long kan? Sifat ke'kakak'kan tu memang jelas la... (♡˙︶˙♡) Hai, besar dah anak-anak. Kejap je rasa. Makin besar anak-anak, makin tua la kita. Hehe... Ibu doakan anak-anak ibu cemerlang dunia akhirat. Jadik anak-anak yang soleh dan solehah la hendaknya. Amiiiinnn....

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. meriah rumah. kita yg ada tiga pun, kus smgt, bergegar. senang sikitla emak, dpt buat kerja lebih drpd biasa sbb da ada yg membantu.

    ReplyDelete
  2. Memang pun. Lain anak lain ragamnya yang kadang buat kita happy dan ada masanya buat kita grrrr jugak.

    ReplyDelete
  3. Best ada empat anak, sepasang pulak tu. Macam-macam ragam boleh lihat. Walaupun memenatkan, seronoknya tu tak ternilaikan, Sal.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign