Fresh from the owner...

06 November 2014

Bas legend...




Bila kawan-kawan time belajar dulu whatsapp gambar ni, terkenang-kenang masa silam. Cewah... silam la sangat. Teringat betapa legendnya bas ni. Banyak jasanya pada kami students ni. Ye la.. time tu ni la pengangkutan yang ada. Tambang pun tak mahal mana.

Dewan kuliah dengan kolej kediaman bukan dekat. Kalau dah habis kuliah dan balik hostel, memang akan naik bas legend ni. Ye la... nak berebut naik bas yang universiti sediakan memang mencabar. Students ramai. Bukan senang. Kadang-kadang tu time habis kuliah bukan time bas ambik students. Makanya kena naik bas legend ni la.

Ada jugak yang terus ke pkns. Tak singgah pun hostel. Sama ada nak jalan-jalan or beli barang. Masa tu pkns tu dah dikira okay. Ke subang or sunway piramid memang dah kira grand gila-gila la. Masa tu mana ada sacc mall ke plaza alam sentral. Naik bas pink ni kira best la. Sekarang aku tak pasti ada lagi ke tak. Last kata dh mansuh bas ni. Dah tukar dengan rapid kl yang canggih tu. Haha...

Bas legend. Bas mini pink. Yamg manis-manis sentiasa dalam ingatan... (♡˙︶˙♡)

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. legendnya bas..sy dulu2 masa student jalan kaki je dr kolej ke kuliah..tu sbb slim,skang ni nak excercise pun cipta alasan..bila gemuk lorat.haha..

    ReplyDelete
  2. yes yes yes...
    aida selalu naik bas pink legend ni di sekitar KL...
    laju giler!!!

    ReplyDelete
  3. Hahaha... memang legend sangat bas ni dalam hati. Saya hari-hari travel balik rumah dari UKM Bangi ke KL tau. Dua, tiga bas setiap hari. Last sekali nak sampai rumah kena ambil bas legendlah. Teringat zaman mengangkut beg dan file dalam bas legend sampai terhuyung-hayang. Errk, dating pun sempat gak masa nih ^_^

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign