Fresh from the owner...

28 November 2014

Apa pandan-pandan?




Jumpa ni kat fb masa tengah tengok-tengok status orang lain. Lepas tu rasa nak gelak sendiri. Memang betul la kan. Mungkin ada je yang tak alami semua ni. Tapi aku pernah la.

Masuk je dewan exam, siap pilih seat. Nak exam macam biasa la. Tetap ada huhu haha jugak. Budak-budak. Hehe... ^o^ Tapi kejap je. Lepas tu senyap la. Dapat je kertas soalan, tengok apa yang patut dan kemudian keluarlah pertanyaan: 'Apa nama lecturer kita ha?'

Dalam kelas panggil sir or mr or miss or mem. Puan dengan cik pun ada jugak. Lepas tu short form nama lecturer. Cukup masa, time nak exam... baru la terkial-kial nak cari nama lecturer. Macam mana tu?

Tapi yang paling kelakar bila budak ni tanya dan siap bagi jawapan ikut apa yang dia ingat la. 'Eh, nama Mr.Siva, Sivamurugan Pandan kan?' ╥﹏╥ Kalau Mr.Siva dengar ni mahunya menitis airmata dia. Apa 'Pandan-pandan?' Sekarang dah jadik Dr.Siva. Fames jugak dia ni. Dipinjamkan pada kita orang untuk ajar subjek apa entah. BM dia memang superb. Terbaik!!!



Pic tu pun cilok kat fb Dr.Siva. Boleh trace kan yang mana satu dia. Haha... Adoiii la! Sampai sekarang tak lupa walaupun dah bertahun benda ni berlaku. Nama dia Sivamurugan Pandian la. Tapi tu la. Kenangan kan? Jenis yang 'tuang' kelas lagi la tak ingat nama lecturer kan? Kan?


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. hahahhahahah ini kelakar!!! masa baca tajuk tu macam... apa yang pandan? dah abis tergelak besar... mmg kelakar!!!

    ReplyDelete
  2. ha ha ha...
    kekadang ingat nama dia je. nama abah dia x ingat hu hu hu...

    ReplyDelete
  3. tulah kan dulu2 selalu juga lupa nama lecturer walaupun jarang ponteng kelas.huhu

    ReplyDelete
  4. ha..ha... akak tak penahlerterjadi.. sbb dulu kami masuk kelas sebab nak kan lecturertu.. tu sebab kena tau nama lecturer pujaan hati.. kalau tak suka lecturertu tak amek subjeknyer... tapi dulu tak ramai cam sekarangkna...

    ReplyDelete
  5. heheh.. lawak je cerita ni. Pandian jadi pandan.

    ReplyDelete
  6. Oh, tak pernah pulak berlaku dalam hidup I lupa nama lecturer! Tapi kalau macam ni gaya, mungkin juga boleh lupa. Kalau tengok gambar pun tak kenal, itu lagi parah ^_^

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign