Fresh from the owner...

13 October 2014

Ujian saringan kelas.



Sabtu lepas bawak Alya ke sekolah. Tahun depan kan nak masuk darjah 1 dah insyaAllah. Sabtu tu ada saringan untuk tentukan kelas dia tahun depan. Pergi dengan anak-anak je memang heaven. Pening kepala kejap. Haha...

Kebetulan Azfar tak sihat. Ada ragam sikit. Kejap-kejap cakap lamanya. Bila nak balik. Kesian jugak tapi nak buat macam mana. Melepek je sepanjang sejam pertama. Mujur jugak ada Anis dok tengokkan Aus yang baru dapat kaki tu. Budak kecik tu bukan boleh duduk diam. Anis la dok ikut mana adik dia nak pergi. Hehe...

Alya masa mula-mula tu macam tak berapa nak excited. Takut la, apa la. Aku pun masa baru sampai tengok budak-budak ni pakai baju kindy. Tapi masa buat pengesahan tak ada pulak dia orang cakap kena pakai baju kindy. Ingat nak balik semula tapi tak jadi. Tak apalah. Bukan orientasi pun. Cuma nak exam kecil-kecilan je. Haha...

Alya exam kat bilik 1. Ada lebih kurang 15 bilik kot. Aku tak ada la nak sibuk-sibuk dekat budak-budak. Cikgu ada. Cikgu boleh uruskan. Tapi ramai parents yang sama menyelit. Pada aku tak perlu kot. Jadi kesukaran pada cikgu-cikgu tu nanti. Masa Alya exam, parents dengar taklimat pasal kssr. Tahun ni last kbsr punya sistem. Pasal linus, kbat.

Kat mana patut ambik drop and ambik anak. Which gate you should use sebab ada 3 gates. Rules and regulations. Bla bla bla... Alya lepas exam dok bercerita dia dapat kawan baru. Dah excited sikit. Hopefully dia okay-okay je nanti. Kelas mana dia dapat tak penting. Apa yang penting dia dia belajar surviving skills kat sekolah. Sekarang ni semuanya bukan based pada exam je. Kalau tak ada social skills pn tak boleh jugak. Sebab sekarang ni sistem kita kan exam-oriented. Baca buku, study, hafal... cemerlang la insyaAllah. Boleh la dapat berapa A sekalipun.

Tapi berdasarkan buku pun tak boleh jugak kalau fail bab komunikasi, adab segala. Apa pun, yang terbaik la untuk Nur Ismahani Alya. Tak ada tekanan ye. Belajar ikut kemampuan. Yang penting happy pergi sekolah. Jangan stress... ٩(๛ ˘ ³˘)۶♥

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Betullah, Sal. Anak saya dulu pun dah penat saya dok bebelkan. Yalah seriau tengok makpak lain mengajar anak-anak nak lulus cemerlang, nak masuk kelas terbaik. Lama-lama saya fikir nak watpa straight As kalau survival skill pun tak tahu apa-apa. Biarlah dia enjoy sekolah. Slip UPSR bukan boleh bantu dia dapat kerja best pun ^__^

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign