Fresh from the owner...

09 October 2014

Kesayangan hamba.



Haha... Title bukan main lagi. Pic tu husben whatsapp time kerja. Time kerja tak ada. Awal-awal malam memang tak ada kerja. Masuk tengah malam kerja pun banyak. Bila tak ada kerja dia duduk baring kat situ la. Tak seempuk tilam kat rumah tapi boleh la untuk rehatkan badan kejap. Bila kerja 'turun' langsung tak boleh nak rehat mana.

Balik rumah konpem mengadu keje banyak, penat. Kadang-kadang tinggalkan keje tak siap. Penat dah. Orang shift siang sambung la. Itu kata dia. Shift siang lagi ramai orang berbanding malam. Malam cuma ada 3 orang. Kerja pulak berlambak. Kalau kena sorang mc ke cuti ke lagi la penat. Lagi kesian.

Sekarang ni kantin tempat dia biasa lepak sebelum masuk keje dah tak bagi pekerja dari seksyen lain masuk tanpa pass. Dia kata leceh la nak tukar pass bagai. Alahai... lagi kesian. Makanya sekarang dia bawak bekal je dari rumah. Lucky me husben ni sangat la simple bab makan. Selalunya dia nak roti bakar je.

Roti bakar time panas sedap la makan. Tapi bila dah sejuk mana sedap sangat pun. Tapi husben kata tak kisah. Dah la roti bakar dia biasa makan pukul 2 pagi. Alhamdulillah... Memang senang nak jaga perut dia.

Kalau tanya nak makan apa dia mesti cakap ikut suka la. Tak pun ikut selera aku. Kalau tunggu dia request, alamat tak makanlah. Cumanya dia western tak berapa sangat la sebab perut orang kampung. Tapi boleh je makan. Hehe...

Alhamdulillah... Dapat yang simple sangat, senang nak handle. Biarlah tak sesempurna mana pun tapi you are still the best husben in the world. The one that I ❤, for now and always. InsyaAllah...

*tetiba jiwang karat pulak... 😊😊😊*

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Alhamdulillah, yg membaca ni tumpang bahagia. Semoga kasih sayang kalian membawa ke syurga.. :D

    ReplyDelete
  2. sweet sgt entry ni kak sal. untung dpt lelaki yg tak cerewet makan ni. kita pun tak pening kepala nak layan selera dia. cuma yg tak best sgt, sbb skill memasak kita akan jadi kat takuk ituuuuu je la. [ini kisah saya la. heheh...]

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,senang nak jaga mkn klu hubby camni,hubby kak nurul pun x cerewet bab mkn nie.

    ReplyDelete
  4. Sama jiwang pulak bila membacanya. Senang nak jaga perut kalau cam ni. Demand tak tinggi :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign