Fresh from the owner...

30 October 2014

Jika sudah sampai masanya.




Dapat berita daripada kampung last two days, anak saudara aku meninggal dunia. Kes langgar lari katanya. Aku kenal anak saudara aku tu daripada kecik sebab maknya tu muka macam arwah mak. Sepupu aku tu la. Kiranya rapat jugak la. Even masa aku mengajar dulu, dia tu ada. Tapi aku tak ajar kelas dia. Nanti jadi pelik pulak. Hehe...

Baru nak masuk 30 tahun tapi dah dijemput kembali ke pangkuan Sang Pencipta. Ajal dia kan? Aku macam terkejut jugak la dengar. Sebab last aku datang rumah my cousin tu raya tahun lepas. Masa tu adik arwah bagitahu kakak dia macam sakit. Selalu jugak meraung malam-malam macam tu la ceritanya. Ada anak 3 orang. Kecik lagi anak-anaknya. Luckily dia duduk dengan parents.

According tu my sis yang pergi melawat, anak dia yang bongsu pun parah. Arwah bawak 3 orang anak dia naik motor nak pergi rumah mak angkat dia. Bergesel dengan kereta. Dan arwah dalam proses nak divorce. Bercerai mati akhirnya. Last aku jumpa dia masa dia tengah sarat anak nombor 3. Time tu dia dengan husbennya.

Terbayang-bayang rupa paras dia. Bila d sampai tempoh yang dah Allah tetapkan, siapa kita nak menghalang semua ni kan? Bahagian dia macam tu. Bahagian kita tak tahu lagi. Semoga tenang di alam sana. Al-fatihah...


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. innalillah. Tak kira tua ke muda kan, kalo dah tiba saatnya.

    ReplyDelete
  2. innalillah......moga arwah ditmptkan dikalangan solehah.

    ReplyDelete
  3. Alfatihah. Salam takziah buat keluarganya. Mudanya alahai dah menyambut panggilan Ilahi. Insaf sekejap bila memikirkan anak-anaknya yang masih kecil. Bila kematian emak ni, kita pun boleh membayangkan betapa sedihnya hati.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign