Fresh from the owner...

05 September 2014

Sanah helwah Kak Ngah.




Hari ni genap umur Anis aka Kak Ngah 5 tahun. Hari ni jugak buat Ops Gunting Rambut. Serabut tengok rambut panjang tapi tak nak jaga. Itu penampilan barunya la. Tukang gunting pun jiran je. Hehe... Jimat kos. Dia willing nak tolong guntingkan.

Kak Ngah orangnya simple je. Serba-serbi simple. Boleh tengok daripada hasil mewarna homeworknya. Dah 5 tahun tapi kalau dia memang malas, habis semua dia kaler guna satu warna je. Kalau ungu, daripada orang sampai ke background pun ungu. Berbeza sangat dengan Kak Long.

Anak solehah ni boleh diharap. Ada masa-masa memang la penat bersuruh. Tapi selalunya okay je. Kadang-kadang kalau diperhatikan, Kak Ngah kurang fokus. Dia akan fokus pada apa yng dia suka je. Apa yang dia kurang suka memang dia buat sambil lewa je.

Suka conteng dinding rumah. Pening kepala mak. Adoiii la... Tapi Anis anak yang kuat semangatnya. Kalau tak, dah lama dia 'tinggal'kan kami. Alhamdulillah, syukur masih berpeluang tengok dia membesar. Semoga jadik anak yang solehah dunia akhirat sayang Anis.

Sanah helwah Nur Anis Insyirah. Have a happy day...

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. selamt hari lahir kakak..
    moga terus mbesar bagaikan juara n bjaya duniakhirat..amin

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday, Kak Ngah! Namanya Insyirah ya sama macam salah seorang anak saudara saya.

    Ni memang kes simple sangat. Dah aktiviti mewarna pun satu kaler je. Hahaha. Takpa, takpa, janji buat hati mama gembira sudahlah :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign