Fresh from the owner...

26 September 2014

Jumaat sudah.

Sekejap je dah jumaat. Pejam celik pejam celik dah nak habis dah bulan 9 nih. Aku entri yang nak publish daripada hari isnin dok terperam sampai la ke hari ni. Haha... Taip benti taip benti. Nak buat macam mana.

Nak pegang hp pun malas kadang-kadang tu. Sabar je la. Ini pun malas jugak sebenarnya. Tapi sebab nak pesan kat husben beli nasi kerabu, makanya merajinkan diri la menaip barang sepatah dua kata. Hehe... Tak ada la kosong sangat sepanjang minggu. At least ada satu entri. Hehe...

Next week dah raya haji. Ada yang balik kampung ke? Tahun ni beraya kat Johor la macam biasa. Masak special dah tentu. Walaupun untuk makan sendiri je. Ada masa kalau mood terbaik memang masak special jugak. Tak payah tunggu raya.

Hah, ada yang beli baju raya ke untuk raya haji ni? Kalau tengok online, ada je jualan sempena raya haji. Sabo je la. Adehhh... Okay la. Nak tunggu nasi kerabu dulu. Wah sedap tu. Kamu dan kamu makan apa pagi ni?

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Dah beberapa minggu tak makan nasi. Tapi 5 hari seminggulah. Hujung minggu kita lenjan makan di luar :)

    Nasib baik tunggu nasi kerabu kalau tidak besar kemungkinan takda entri sepanjang minggu ya :)

    ReplyDelete
  2. Hari jumaat hr yg ditunggu tunggu

    ReplyDelete
  3. Raya haji diKelantan sama meriah dgn raya puasa. Kalau kt sana raya puasa n r.haji disambut selama 4 hari.....raya hj kami siap tempah baju, tempah kuih raya dan dpt duit raya jugak. Open house pn ada..siap rumah akn adakan ibadat korban .rindu saat menyambut raya haji kt sana.....huhuhu

    ReplyDelete
  4. husna pon mood nak updtae blog dah kelaut dah..-..-

    raya haji husna setiap tahun simple je..walhal raya haji laa yg kena meriah kan..:)

    ReplyDelete
  5. utk raya haji takde beli baju raye pon. rasa bersalah plak nak shopping beriya sampai beratus2 sedangkan ibadah korban tak buat. huhu.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign