Fresh from the owner...

06 September 2014

Belanja selfie sekeping.




Pose budak demam. Alhamdulillah, dah makin baik. Dah kurang panas badannya. Walaupun makan tak banyak mana tapi makan tetap makan. Cuma ragamnya tu tak hilang. Adoiii la... Dah boleh main dengan kakaks dan abang tapi tak boleh hilang emak. Ada masa tak boleh berenggang langsung.

Hari khamis bawak dia ambik Alya dengan Anis daripada kindy sebab abah dah janji nak bawak beli kek dengan carik barang-barang untuk goddie bags Anis. Aku assumed nak pergi area kawasan rumah je. Jadik Aus aku tak pakaikan seluar. Just baju yang aku rendam dengan air garam bukit dan pakaikan pada dia. Kiranya kalau nak beli apa-apa, aku dengan Aus duduk dalam kereta je la.

Sekali abah dia bawak pergi kilang Apollo dengan Giant. Adeh... Kata abah: 'Tak apalah. Demam. Nak kisah apa dengan orang.' Hoho... Layankan aje la abah oiii... Tapi Aus ni time bawak berjalan, macam sihat la pulak. Tak ada masalah pun. Cumanya sepanjang perjalanan pergi balik ada la 2-3 kali dia tidur walaupun kejap-kejap je.

Pic kat atas tu masa on the way balik. Senyap je dalam kereta. Sekali tengok macam comel pulak pose budak demam ni. Selfie la sekeping dua. Hehe... Apa pun kali ni beli kek sebiji je untuk 3 orang. Ok la tu. Jimat sikit kan? ≧∇≦Lagi pun masing-masing siap request cake slice dengan abah ikut citarasa sendiri. Kek besar dapat. Kek kecik pun dapat. Layan...



Buruk deco kek ni. Kaler pun tak kena langsung. Tak kreatif betul la. Aku rasa nak cepuk budak kaunter tu pun ada. Reda je la. Janji kek sedap sudah.

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. alahai kesiannya...moga cpt sembuh ye aus.

    ReplyDelete
  2. betul le, deco kek ni nampak macam asal boleh je. heheh.. takde seni pun.

    aus bulu mata panjang. pipi montel, geram nak gigit. heheh.

    ReplyDelete
  3. gebusnya kulit dia..
    happy birthday buat semua..

    ReplyDelete
  4. ingt kek buat.. nk ckp..okey dah..
    tp tgok kek SR.. hah..a..
    memng x padan..
    sama cantik dgn tulisan kita..

    ReplyDelete
  5. Gebunya Aus. Merah bibir tu sebab demamlah ya tapi auw, geramlah aunty tengok!

    Ini NY Cheese SR ke? Awat jadi lagu tu? Kalau saya, memang saya nak tukar sebab tak cunlah!

    Tapi dah sedap masuk perut kira okey jelah yek :)

    ReplyDelete
  6. haa husna nak tegur benda yg sama jgak.. apa ke hodoh sgt tulisan tu.. ejaan pon tak betul.. kalau husna maw bising jgak tuh..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign