Fresh from the owner...

04 September 2014

Aus dan taman plus the kids moment.


Sempena dengan birthday Aus, bawak la budak empat beradik ke taman. Plan asal nak bawak last 2 weeks tapi ibunya kurang sihat makanya plan tertangguh. Kesian jugak. Tapi nak buat macam mana. Luckily budak tiga orang ni jenis memahami. Alhamdulillah. Sejuk hati ibu... (*゚▽゚)ノ


Dekat Bukit Layang-layang tu pulak ada expo sempena dengan sambutan merdeka. Selain bawak budak-budak ke taman, cuci mata la jugak. Tapi tak ada la beia sangat berjalan sebab panas. Budak-budak ni pulak, dah dapat apa yang dia orang nak boleh balik. Tak kisah dah benda lain.


Budak-budak ni memang sakan main kat taman. Happy gila. Seronok tengok dia orang. Tak kira panas, memang seronok bukan main lagi. Hmmm... Nak bawak selalu tu memang tak dapat la. Tapi sesekali pergi tu memang dia orang appreciate.


Aus pun sama jugak. Tak nak berdukung bagai. Nak berjalan je. Padahal baru dua tiga tapak ke pandai berjalan. Selebihnya kena pegang. Tapi semangat nak berjalan tu bukan main lagi. Layankan aje la.


Bab bawak main tu abah la handle. Ibu tak berapa nak larat nelayan. Tapi bila tengok abah penat, ibu ambik alih jugak. Tak ada la kejam sangat aku ni. Haha... Tambahan pulak bila abah balik kerja malam terus ajak anak-anak pergi taman. Dengan tak tidurnya tu. Alahai... naknya gembirakan anak-anak, sanggup korbankan waktu tidur.


Next time boleh pergi lagi. Tapi pergi awal sikit la. Hari tu sampai pukul 10 lebih pun panas matahari memang bakar kulit. Huhu...

Panas atas dunia pun tak tahan. Kat sana macam mana la agaknya. Taaaakuuuuutttt!!! (╥╯﹏╰╥)ง


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. playground tmpt feveret ank2 tu...mmg seronok sakan la aus kan....

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign