Fresh from the owner...

15 September 2014

Alahai jiran.

Cuma nak bercerita pasal jiran aku ni. Dia ada sakit tiga serangkai. Last two years dia ada jaga budak. Tapi berhenti sebab tak tahan dengan sikap mak budak tu. Masa tu aku datang kat sini pun kejap-kejap je. Sesekali tu sembang dengan jiran sebelah nampak la kereta mak pada budak yang dia jaga. Makanya jiran ni pun cakap la kesian kat akak tu.

Daripada cerita dapat tau la yang mak pada budak yang jiran aku ni jaga selalu dang lewat ambik anak dia. Senang cakap ikut suka hati dia je la nak ambik bila pun. Jiran aku ni pulak hati lembut. Adeh... Anak asuhan dia tu duduk lorong belakang. Dekat je la dengan rumah si akak ni.

Masa bulan puasa lagi la kesian. Maknya datang ambik anak lepas waktu berbuka. Boleh dikatakan tiap-tiap hari. Adoiii... Bulan puasa patutnya ambik la awal. Time sefamily berkumpul. Ini tidak. Lepas berbuka baru datang. Kadang-kadang tu siap dah mandi bagai baru ambik. Biasa mak-mak ni habis waktu kerja terus ambik anak. Segelintir je perangai macam ni.

Tak tahan dengan perangai mak, akak ni decided tak nak jaga lagi dah. Tambahan pulak dia tak sihat mana. Tapi tadi aku tengok pintu pagar rumah berkunci bagai. Ingatkan akak ni tak ada tapi jiran sebelah rumah cakap ada je. Cuma saja kunci pintu bagai. Sebabnya mak pada anak asuhan dia dulu tu tak reti rupanya. Lepas dua tahun pun still hantar anak dia ke rumah akak ni. Hantar saja-saja je tau. Tak ada bayaran.

Maknya kalau nampak pagar tak berkunci akan drop anak depan pagar tu kemudian terus blah. Anak tu akan masuk la dalam kawasan rumah. Kita kalau budak takkan n biarkan kat luar je kan. Kesian. Mak tak reti jaga anak, tak pasal-pasal orang lain kena tanggung. Dah la si abang kalau datang rumah akak ni tak nak balik. Puas pujuk sampai anak akak ni la terpaksa hantar balik.

Aku cuma terfikir macam mana la mak dia jaga anak-anak kat rumah. Boleh je tinggal anak kat bekas pengasuh macam tu je. Tak ada rasa malu langsung sampai akak ni terpaksa kunci pintu pagar bagai. Itu pun tak reti lagi. Dah menyusahkan orang. Dah dua tahun. Kalau sebulan dua macam okay lagi. Kalau rasa tak puas solo baik jangan ada anak. Sian kat anak-anak tu.

Even jiran aku yang sorang lagi selalu jugak dok luahkan perasaan belakang-belakang. Mak balik kerja awal tapi kadang-kadang ambik anak lambat. Ada sekali tu, orf nampak si mak tengah minum dengan kawan-kawan. Macam mana tu? Kalau lambat bagitau la. Bagi la reason jugak. Bukan buat tak tahu je. Sebab tu aku malas nak jaga anak orang walaupun ada yang tanya.

Takut kesian budak tu. Pengasuh marahkan mak tapi tak cakap. Lepaskan kat anak jagaan. Kesian emosi budak. Lebih baik jaga anak sendiri je kan? Huhu...

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Mcm2 kerenah org kat dunia ni

    ReplyDelete
  2. Ambil kesempatan mak2 yg jenis mcm ni kan Sal.. dpt pengasuh yg baik mcm ni tak tau nak bersyukur.. mcm besar sgt duit upah mengasuh yg dia bagi..

    ReplyDelete
  3. Hrap kalau hana ada anak xbuat mcm tu..huhu kkadang2 perkara ni kita xsedar perkara ni.huhu

    ReplyDelete
  4. huhu hati lembut. baik sgt bagus . tp bile menyusahkan diri kite. susah gak. serba salah jd nye. sian dia.

    ReplyDelete
  5. ermm... mcm2 perangai manusia ni. pelik jgk jenis mak yg tak excited nak amik anak. kalo saya tu, seawal mungkin nak amik anak sbb nak spend time dgn dia. Kalo lambat pun sebab mmg ada hal.

    ReplyDelete
  6. Ada juga perangai mak macam tu ya. Kesian sungguh kat anak-anak. Kita kalau boleh, habis je waktu kerja terus nak cabut ambil anak secepat mungkin. Tak nak menyusahkan orang ya juga, rindu kat anak pun satu hal. Mak budak-budak ni siap boleh pergi minum, berbuka bagai baru ambil anak.... Sadis sungguh. Yang lagi sadis, orang dah tak nak jaga tu masih boleh tinggalkan aje anak kat pagar rumah orang. Aduh alahai, memang tak reti bahasa!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign