Fresh from the owner...

25 August 2014

Sebiji epal sehari.



Budak kecik ni makan macam-macam. Pantang tengok orang makan mesti dia nak jugak. Dah nak masuk setahun pun umur dia. Hujung minggu ni insyaAllah. Cepat je masa berlalu kan? Dah nak setahun dah pun.

Sekarang ni pun Aus tengah dalam proses nak berjalan. Nak kata lambat tu tidak la. Alya berjalan masa uur dia setahun 3 bulan. Anis masa setahun. Azfar lagi dua minggu nak setahun. Kiranya, Aus ni ikut Kak Long aka Alya la. Okay... bukan nak cerita pasal epal pun. Tapi pasal mamat kecik ni.

Petang-petang baru nak up entri. Entah apa-apa entah. Banyak dah yang budak kecik ni belajar. Naik tangga memang dah expert. Nak apa-apa hulur tangan je mintak. Sabar je la. Paling rapat dengan Alya. Mandi tiap-tiap hari pun dengan Alya. Kalau kak long tak ada, abang la ganti. Azfar memang sayang adik. Melayan.

Anak-anak ni perangai pelbagai. Pening jugak terutama kalau ada sorang kuat mengusik. Serabut mak. Haha... Tapi kalau tak ada dia orang, sunyi pulak. Bersyukur sangat sebab dalam keadaan sekarang masih boleh dengar hingar-bingar, jerit-pekik dia orang.

Apa pun, Aus suka dengan epal hijau. Ala, bukan setakat epal hijau, rambutan, duku, pulasan... semua dia suka. Pemakan macam kakak dengan abangnya jugak. Tak ikut Alya sebab Alya susah nak makan. Eh, Alya sorang je lain daripada yang lain. Walaupun bukan pemakan orangnya, alhamdulillah... dialah paling susah nak sakit. Terbalik kan? Hmmm...

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. wah bagusnya Bb aus nie suka mkn buah2....gud boy..
    Tapikan rasanya epal hijau xgitu sesuai utk bb n ank2 sk sbb agak masam n mempengaruhi iq ank2......xtaulh betul ke tak tapi akak pernah terdengar petua ni daripada mama akak..sbb tu akak mmg cuba elakkn terutama anak2 dibangku sekolah.....cecuba mama tukar dgn epal merah......
    kalau utk org dewasa sgt bagus utk buang lemak n kurangkan kolestrol..akak pn amalkan minum jus epal hijau....

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign