Fresh from the owner...

21 August 2014

Menerimalah kritikan si kecil.


tajuk entah apa-apa. saja nak cerita pasal anak dara sulung saya ni ha. tukar saya pulak boleh ke? aku ni macam kureng kick la pulak. hehe... alkisahnya, anak dara saya ni kalau berhadapan dengan orang yang dia kenal memang 'bahaya' sikit. budak-budak ni kan ke jujur. apa yang keluar daripada mulut dia tu apa yang terlintas di fikiran dia dan apa yang dia tahu kan.

tapi masalahnya, tak semua orang suka kebenaran yang keluar daripada mulut budak-budak kecik ni. mungkin sebab dia orang rasa dia orang lagi tahu kot. ataupun ego je lebih. Alya kalau tengok orang tak bertudung ke seksi ke apa ke dia akan cakap, berdosa la itu la ini la. kebetulan pulak, my jiran meamng tak pakai tudung kalau setakat duduk sembang depan pagar or dia keluar kejap beli makanan kat kedai seawal pagi. kalau berjalan-jalan tu pakai la.

budak dua beradik ni pulak dah ditrained daripada kecik untuk pakai tudung. plus dah cakap dengan dia orang kalau tak pakai tudung ni berdosa sebab nampak aurat. kesian kat abah kena tanggung dosa Kak Long dengan Kak Ngah. dosa Ibu lagi nak tanggung. dosa abah lagi. huhu... tapi dia orang memahami. walaupun dia orang tahu dia orang kecik lagi tapi wajib pakai tudung untuk tutup aurat. so kalau keluar nak main-main depan rumah pun dia orang pakai tudung. tapi ada masa-masanya tak jugak. kadang-kadang tu berlari masuk rumah cari tudung. hehe...

dengan anak jiran.

Alya selalunya jujur berkata-kata kalau melibatkan bab aurat ni. ada la dua tiga kali dia cakap tapi selalunya aku pesan dengan dia (kita gunakan saya tu kadang-kadang je la. boleh gitu?!) jangan cakap kuat-kuat. jiran ni kita ukan tahu sangat hati budinya. takut nanti anak-anak tersalah cakap dia terasa pulak. satu pagi tu, aku bersembang dengan jiran ni sebelum hantar budak dua beradik ke sekolah. dia pulak kebetulan bawak keluar si kecik dia. dan si kecik tu cuma pakai diaper je. tapi ada baju je pun. terus la dia ambik seluar pakaikan kat si kecik sambil mulut cakap tutup aurat. malu. okay... mak tak pakai tudung okay.

dan Alya dengan jujurnya cakap: "Rambut pun aurat jugak." subhanallah... dia baru 6 tahun. aku pandang dia, aku cakap jangan cakap kuat-kuat. jiran-jiran ni kalau terasa mungkin lain pulak cerita yang keluar. sebab aku kat sini pun baru setahun lebih. kadang-kadang kalau kebetulan keluar dan ada jiran bersembang, ada je dengar macam sindiran-sindiran dia orang pada jiran-jiran tertentu. contohnya: "Ala... macam tak tahu dia macam mana." sebab tu aku dalam seminggu boleh kira la berapa kali je bagi anak-anak main kat luar. haha... malas. nanti tersembang dan terdengar sembangan yang bukan-bukan.

jujurnya, kalau anak-anak kecil berkata-kata pasal aurat tu... kenalah terima kan? Alya selalu jugak cakap: "Kesian kat pakcik tot sebab mak dia (aka the wife) tak nak pakai tudung. Mesti tanggung dosa kan?" dan aku selalu cakap: "Nak buat macam mana. Dah pakcik tot tak nak tegur isteri dia. Kena tanggung la." tapi terlebih jujur pun boleh jadi masalah. tak jujur nanti, kat sana dia carik kita pulak sebab tak tegur dia masa atas dunia. habis tu kalau husben sendiri pun okay je, kita nak buat macam mana? huhuhu...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. alhamdulillah..
    bukan mudahkan nk ajr ank kecik ni ttp aurat.. asya pon lya cuba jgk ajar..tp itulah..
    insyallah next year nak mula tegas.. didik dari awal.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..
    bukan mudahkan nk ajr ank kecik ni ttp aurat.. asya pon lya cuba jgk ajar..tp itulah..
    insyallah next year nak mula tegas.. didik dari awal.

    ReplyDelete
  3. itulah kan terkadang kita ni serba salah...nk kata tak tahu hukum tak mungkin sbb sedari sk rendah ustaz n ustazah dah ajar tentang aurat....atau buat2 xtahu...em....hrp2 org2 dewasa jgn sentaplah dengan kejujuran ank2 kecil ni sbb mrk ckp yg betul.

    ReplyDelete
  4. comelnya anak kecil2 dah bertudung..alhamdulillah tak susah mengajar..

    ReplyDelete
  5. tanggungjawab utama husband dia lah,
    kalau dia tak kawen lagi ayah dia, adik, abang..
    orang kata kat sana nanti masing2 akan cari salah orang sebab nak lepaskan diri..
    moga urusan kita dimudahkan di dunia dan akhirat

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign