Fresh from the owner...

01 August 2014

Makanan Yang Mengenyangkan.



Perasaan lapar cenderung untuk membuatkan kita makan dengan banyak lantas gagal mengawal pemakan. Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda berasa cepat kenyang?

Telur

Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, telur juga mampu memberi anda lebih tenaga berbanding makanan yang lain.

Sup sayur-sayuran

Makanan yang mengandungi banyak kandungan air sememangnya akan memberikan anda efek cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga, zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.

Gandum

Hanya dengan setengah cawan gandum, ia dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan seseorang dan mampu bertahan dalam jangkamasa 4-6 jam.

Epal

Sekiranya anda seorang yang tidak gemar mengambil sarapan, apa kata anda cuba memulakan hari anda dengan sebiji epal. Kerana epal dapat membantu untuk memberikan tenaga kepada anda sehingga waktu makan tengah hari.

Kekacang

Kacang sangat kaya dengan kandungan protein. Dan biasanya protien akan membantu anda untuk berasa lebih cepat kenyang. Dan ini membuat kan anda makan sedikit sahaja.

Untuk yang masih mencuba untuk menurunkan berat badan, mungkin tips ini dapat membantu dalam merealisasikan impian anda. Dan untuk yang sedang berjimat dan mudah berasa lapar ianya juga sesuai untuk anda.

Selamat mencuba!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. TQSM 4 sharing....musim raya ni mkn xhinggat...huhuhu....

    ReplyDelete
  2. boleh ke kurus?hehe macam tak kenyang je.org malaysia dh biasa makan nasi

    ReplyDelete
  3. buah epal hijau dalah terbaik untuk menurunkan berat badan kan.

    ReplyDelete
  4. mmg cepat kenyang, tapi cepat lapar balik terutamanya kalo makan sup sayur tu. huhu... gandum pun sama. makan cekodok, kenyang pastu 10 minit lepas tu lapar balik... dah tu cemana.

    ReplyDelete
  5. Napalah takda satu pun yang saya suka. Malang sungguh rasanya!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign