Fresh from the owner...

15 August 2014

Cerita raya kami.


Entri yang dah seminggu terperam.




Satu-satunya pic raya yang ada. Haha... Sangat sedih. Tak ada pic raya family langsung tahun ni. Macam-macam hal jadik. Redha je la. Dugaan tu kan petanda Allah sayangkan kita. Raya pertama tahun ni adalah di Johor. Haha... Tak sempat nak balik beraya kat kampung. Macam mana tu? Panjang ceritanya.

Raya kedua baru balik kampung. Singgah kat Pekan kejap sebelum balik Dungun. Dua hari kat Dungun kemudian balik semula ke Pekan sebelum balik Johor semula untuk rutin harian. Kuih raya yang aku buat, raya pertama tu dah habis 3 balang. Abahnya dengan anak-anak makan. Huhu...

Memang tak ada kuih raya la lepas tu sebab tak beli jugak. Memang tahun ni simple-sesimple-simplenya punya raya. Untuk anak-anak kalau diberi kesempatan lagi untuk raya dan puasa, ibu abah tebus tahun depan ye. Janji baju baru tetap ada walaupun baju raya pertama tak ada. Ibu tetap buat nasi minyak lawan dengan kurma daging dan acar timun raya pertama tu kan walaupun sarapan pagi dengan mee lidi je dulu.

Memang raya tahun ni jadi kenangan la. Alhamdulillah... anak-anak tak bersungut. Okay je. Tetap happy sepanjang hari walaupun kita tak ke mana-mana. Memerap je kat rumah. Keluar pun ke kedai je la. Dan alhamdulillah jugak, tahniah Kak Long dengan Kak Ngah sebab berjaya habiskan puasa 29 hari tanpa rungutan. Terbaik!!!

Kalau ikutkan banyak nak cerita. Setiap satu dengan penuh details kalau boleh. Tapi sanggup ke nak baca panjang lebar punya cerita. Sudah la berhadapan dengan line internet yang tiba-tiba semput tahap siput ni. Adoiii la... Sabar je la akak ni.

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Akak pun tahun ni tak buat kuih raya beriya Sal.. akak beli jer utk mak akak..

    Selamat hari raya buat sal sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya sempat lagi kan...

    ReplyDelete
  3. saya pun takde pic raya family
    insha Allah tahun depan kena arrange :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... bagus kakngah n kaklong yer... walaupun ada dugaan tapi ttp seronokkan sbb ada2 terima seadanya

    ReplyDelete
  5. Xpelh kan, ujian dtg tnda Allah sygkn kita. Yg pnting dpt smbut raya dgn family.

    ReplyDelete
  6. ha ah kan, bila baca entry akak, sy pon belum up lg entry raya..lupa pny psl..hihi

    ReplyDelete
  7. Takpa, janji anak-anak ceria di pagi raya. Kira boleh juga jadi kenangan sebagai raya paling simple dan sempoi dalam hidup.

    Tahun ni sebenarnya raya kami sekeluarga pun takda umpph mana. Ukur jalan je lebih, ke rumah sanak-saudara memang kurang. Takda feeling nak beraya-raya ni. Nak kutip duit, memang tak dapatlah, dah terlebih umur :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign