Fresh from the owner...

28 August 2014

Buah hati saya.


alhamdulillah... treatment untuk 6 bulan kalau ikutkan dah tamat. tapi kena tunggu keputusan x-ray next week sama ada kena lanjutkan lagi 3 bulan or dah boleh tamatkan terus. tahap kesihatan pun dah makin okay rasanya. tapi untuk dia memang kena tambah tretment. doc pun dah cakap awal-awal sebelum ni pun. tapi tak apalah. as long as dia sihat, itu dah cukup bagi aku.

biarlah dia tak seromantik Zill, Rindu Awak 200% tu tapi dia ada caranya tersendiri. tiba-tiba je Zill tu termasuk dalam cerita kan? aku rasa ramai kot yang berangan nak lelaki macam Zill tu. ada je. sekarang ni mesti ramai kemaruk tengok Rindu Awak 200% sebab nak tengok Zill. haha... boleh tahan jugak Zul tu berlakon. aku bukan suka dia pun sebelum ni tapi tengok dia berlakon dalam cerita tu macam relaks je. macam okay la jugak kau ni Zul Ariffin. kehkehkeh...

berat pun dah naik. sebelum ni jatuh banyak masa mula-mula sakit. even aku pun berat turun banyak sebelum puasa. masa raya timbang cuma naik dua kilo je. sedih betul. tapi sekarnag ni dah put on weight kot aku ni ha. encik husben pun sama. berat makin naik. alhamdulillah. semoga diberi kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan buat insan yang kami sayangi ni.

memang ada buat salah dengan awak. harapnya dimaafkan salah dan silap saya. dan mohon halal semuanya. rindu dan sayang awak melebihi segala-galanya. harapnya kekal sehingga ke syurga. amin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Awat semua sibuk nak Zill ni? Saya tak minat pun :) Tengok Zul Ariffin, terus tak minat nak menonton. Entahlah tak tahu kenapa ...

    Semoga segalanya bertambah baik dan hidup bahagia hendaknya.

    Orang naik berat badan rasa risau, Sal ada sedikit terbit rasa gembira dalam hati ek :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign