Fresh from the owner...

17 July 2014

Servis kereta.

Puasa pun tinggal seminggu lebih je lagi. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak habis. Ya Allah... sayangnya nak tinggalkan Ramadan ni. Entah tahun depan belum tentu bertemu lagi kan?

Tahun ni raya tak tahu nak balik mana. Haha... Boleh gitu? Sebabnya husben kan kena ambik ubat tibi setiap dua hari sekali. Kalau nak balik kena dapat surat bertulis daripada doktor. Balik pun mungkin tak lama mana. Nurse kata biasa 3 hari je doc bagi. Kalau balik kampung mungkin lepas dia ambik ubat kat klinik pagi tu.

Siapa drive pun belum decide. Haha... Serba serbi belum. Balik mana-mana pun tak kisah. Husben pun sama aku pun sama. Tapi pagi raya mungkin kat kampung aku sebab kalau balik pun 27hb. Tak adanya nak direct balik Ganu. Husben kata dia tak larat kalau nak drive direct. Tengok la nanti.

Hari ni nak pergi servis kereta. Punya la ramai orang nak servis kereta sampaikan slot kosong cuma ada 1 je. Pukul 10.15 pagi. Alamatnya tak ke sekolah la budak dua beradik. Takut tak sempat nak patah balik ambik. Siapa nak drive nanti pun tak tahu lagi. Sampaikan nak pergi servis kereta pun kena tentukan siapa. Alahai... Punya la malas dua-dua driver nak bawak kereta. Macam mana tu? Haha...

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Tiap tiap tahaun ry pertama raya kat rumah mil dulu. Ry ke dua baru blk kg. Blk pun rumah makcik. Rumah sendiri dah tak ada. Sealalunya klw pg mana mana akk yg drive. Separuh separuh. Tapi ni dah tukar kete baru tak try bawak pun lagi. Cam takut je nak drive kete baru ni. Tengok la nanti cam mana

    ReplyDelete
  2. Saya xpernah memandu Blk kg...mmg Mr hubby je..he he...

    ReplyDelete
  3. ooooo, ni baru akak tau kalau pengidap mmg rutinnya camtu ye...xpelah berkorban demi insan tersyg.
    akak skrg ni syukur sgt2 sbb 3 farahs dh boleh gilir2 drive...en ayah n akak bolehlh rehat.

    ReplyDelete
  4. ni nape malas2 ni
    nak kena sekel?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign