Fresh from the owner...

18 July 2014

Pray for MH17 and MH370.

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pesawat MH17 ditembak jatuh. Pesawat tu membawa 295 penumpang. Katanya tak ada yang survive. Innalillah... Dugaan bulan mulia buat keluarga mangsa yang beragama Islam. Belum reda dengan kehilangan MH370, MAS terima tamparan paling hebat untuk kali kedua.

Siapa kita nak halang kalau sudah ditentukan Allah begitulah cara kematian mereka. Berdoa agar keluarga mangsa yang terlibat tabah dan sabar. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Allahu... Memikirkan keluarga sudah menunggu kepulangan mereka untuk menyambut Aidilfitri bersama, sedih rasanya. Mengharapkan mereka muncul tanpa cacat cela tapi menerima jenazah juga adanya. Harapan ceria berganti duka. Tabahlah dengan ujian Allah ini. Redalah...

Hanya mampu tumpang simpati. Memikirkan jika my BIL yang berada di dalam pesawat, mesti remuk rendam hati keluarga yang menanti. Alhamdulillah... Dia selamat kembali ke Malaysia dua minggu yang lalu untuk menyambut syawal bersama keluarga.

Bertabahlah... Allah ada bersama kamu!!!

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Salam takziah buat keluarga mereka dan alfatihah utk mangsa beragama Islam..

    Ps: BIL Sal duk kat mana?

    ReplyDelete
  2. Takziah buat keluarga MH17 ni Sal.. semoga kita lebih dekat dengan Allah bila diuji ni ..

    ReplyDelete
  3. Innalillah... mmg sedih berita ni... moga Allah beri kekuatan pada waris mangsa..m

    ReplyDelete
  4. inna lillah hiwainnailaihirojiun dan salam takziah buat semua ahli keluarga yg terlibat...moga mereka tabah lalui ujian hebat ini.

    ReplyDelete
  5. Sedihnya kejadian ni kan. Tak tau apa cerita disebalik kejadian ni. Allah juga la yg lebih tak.

    ReplyDelete
  6. Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
    Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

    ReplyDelete
  7. berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.. ;(

    ReplyDelete
  8. pray4all
    selamat hari raya
    salam kosong kosong

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign