Fresh from the owner...

10 July 2014

Dugaan tiga Ramadan.




Almdulillah, bertemu lagi kita dengan bulan yang mulia ni. Selamat menjalani ibadah puasa dan lain-lain ibadah sunat yang lain. Hari ni dah hari ketiga. Kejap je dah masuk 3 ari. Blog pun dah lama tak update. Macam mana tu? Busy la sekarang. Busy la sangat. Haha...

Sekarang ni temankan husben ke klinik untuk ambik mc. Semalam dah pergi. Tapi untuk checked. Doc kata kalau tak okay jugak datang semula untuk mc. Husben kerja malam. Tapi takut lambat-lambat doc marah pulak. Semalam pergi pun dah petang. Menunggu pun sikit punya lama. Adoiii la...

Husben ni sakit gigi. Doc kata bengkak. Memang kalau bengkak tak boleh cabut. Kena tunggu bengkak surut. Husben pulak dah tak tahan. Sakit sangat katanya. Habis tu nak buat macam mana? Suruh ambik painkiller yang power sikit tak nak. Maka bertahan la dengan sakit tu sampai sekarang.

Ini ramadan ketiga diduga. Tiga tahun sebelum tu demam sampai kena paksa berbuka. Memang nak muntah je kerjanya. Kesian, aku suruh je dia berbuka. Habis tu kalau pengsan macam mana? Dengan hypo lagi. Dengan panas badannya lagi. Sudahnya, nak tak nak dia makan jugak. Tinggal pun sehari tu je la.

Ramadan berikutnya sakit gigi. Memang sakit. Seminggu kemudian cabut. Itu pun nak cabut gigi takut jugak. Hoho... Tapi dah tak tahan pergi je la cabut. Nak simpan pun buat apa kan?

Dan ramadan kali ni pun sakit gigi jugak. Lagi extreme daripada ramadan sebelum ni. Sampai mc. Siap dengan ubat bagai dic bagi. Sampaikan doc kata kalau sakit lagi terpaksa cabut jugak which is sangat sakit dan itu last choice dia bagi la. Husben stick dengan ubat dulu. Surutkan bengkak, baru cabut.

Gigi la paling sakit sekali kalau nak cabut. Time dia bius pun sakit. Adehhhh... Sabar je la. Sakit tu menggugurkan dosa selama mana kita reda dengannya. Ramadan diduga petanda Allah ingat dan sayang dengan kita.




my foot: entri ditaip 3 ramadan. punya lama nak publish kan? adoiii... sabar je la.


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. suami sal ada masalah gusi n gigi ke? kesiannya. moga cpt ok...kalau sakit gigi mmg rasa nk pecah je kepala menahan sakit.

    ReplyDelete
  2. bab skit gg memng gerun..ih..

    ReplyDelete
  3. Banyak dugaannya bulan puasa ni. Cuma mampu bertahan ataupun tidak. Kesian pulak bila dah kena sakit gigi di bulan puasa ni ya!

    ReplyDelete
  4. Kesian.. gigi kalau sakit mmg mencabar juga. Nak makan pun susah. Kena cari myk bunga cengkih. Kalau letak kebas gigi tu. Bolehlah bertahan

    ReplyDelete
  5. alahai.. ujian..mmg kalo sakit gigi mmg semua mde x jdi..sakitnya smpai ke kepala n telinga..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign