Fresh from the owner...

11 July 2014

Cerita puasa dua beradik.



Alhamdulillah... Anak-anak solehah ni masih berpuasa penuh. Belum ada yang meragam lebih-lebih macam tahun lepas. Last year dia orang belajar puasa. Alya dapatlah puasa 17 hari dan Anis 15 hari. Tahun ni mungkin lain sikit sebab Tok Abahnya ada sama. Semangat pun lain la. Lagi pulak, dia orang memang excited tunggu datangnya Ramadan.

Ada dua kejadian yang buatkan aku bangga dengan semangat anak-anak solehah ni nak habiskan puasa. Kejadian pertama melibatkan Anis. Dia sakit dada dengan pening. Sakit dada sebab dia batuk. Makan banyak coklat tapi kurang minum plain water. Tu sebab batuk.

Aku pun tak ada la memaksa. Balik dari school aku cakap kat dia kalau nak berbuka, berbuka je la. Tapi dia tak nak. Even abah suruh pun dia tak nak cakap. Memang dia tak berbuka langsung. Naknya habiskan puasa dia tu.

Lepas dua hari, Alya pulak sakit gigi. Menangis-nangis. Ambik dia daripada school pun nangis-nangis jugak. Dia nak berkumur dengan air garam. Aku layankan je. Ada ragam sikit sebab dia sakit gigi kan. Tapi tetap habiskan puasa dia jugak. Dalam pada sakit gigi pun tetap layan Aus. Alahai... Anak solehah! Adik tak tinggal okay.

Aku tak ada la nak menunjuk-nunjuk ke apa. Setakat puasa je pun. Tapi semangat dia orang tu cukup buat aku rasa bangga la. Budak-budak kalau ikutkan dapat peluang berbuka, memang direbutnya. Dan dia orang pun tanya bila masuk waktu solat kena sembahyang ke? Memang la. Kalau tak pandai baca sangat pun tak apa. Keinginan tu ada. Permulaan yang cukup baik aku rasa.

Semangat dia orang tu yang buatkan aku rasa terharu gila. Ya Allah... Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah. Satu hari kalau dia orang terbaca ke or memang sengaja baca, at least dia orang tahu perkembangan dia orang masa kecik macam mana.

And each moment I cherish you guys la. Sebab budak empat beradik ni la yang buatkan rumah ni riuh-rendah, hingar-bingar, macam tongkang pecah. Bersyukur dengan adanya kamu dan kamu dan kamu dan kamu.

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. wah, tahun ni boleh puasa penuh lah anak dara Sal.
    Budak perempuan memang jenis tahan sikit kot pose dr budak laki. lg pun perempuan kat cepat matured, main pun tak seligat laki.

    ReplyDelete
  2. Ahah, terkejut ah kak! Ada entri baru hari ni :) Mood dah dapat pancing balik dari laut dalam ya?

    Bagus budak berdua ni. Walaupun ada dugaan tetap bertahan nak puasa. Cerita anak-anak, mestilah nak up masuk blogkan. Nanti-nanti boleh tengok balik perihal mereka kecik-kecik ni :)

    ReplyDelete
  3. syabas utk 2 org kanak2 rebina yg comel..caiyok2x...Ank2 perempuan lbh cpt matang kot..4farahs mula puasa umo 4 thn n puasa penuh diawal usia 6thn tapi si bujang akak drjah 2 baru penuh..masa thn 1 dh tinggal 2 hari....

    ReplyDelete
  4. kejayaan anak2, siapa lagi nak bangga kalau bukan ibu yg melahirkan..:)

    ReplyDelete
  5. anak-anak dara aida berdua masih penuh puasa alhamdulillah...
    tahniah kpd anis & alya :-)

    ReplyDelete
  6. Anak akk yg girl strt pose umo 5 tahun. Yg boy umo 6 tahun. Tu pun upah sehari rm10.

    ReplyDelete
  7. mana lagi satu kamu?
    hehehehhee
    selamat berpuasa beb utk ko sekeluarga
    semoga anak2 dara berdua ni dpt pose penuh

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign