Fresh from the owner...

16 June 2014

Rezeki bulan Mei.


Alhamdulillah. Hadiah untuk pertandingan menulis cerpen pendek tu dah selamat aku terima. Rafina Mimi kata nasib baik aku bagi email add kat dia. Jadi dia pulak boleh try sent email kat aku. Tak tahu kat mana silap sampai email yang aku sent tu dia tak dapat. Mengumpul koleksi novel la dengan jayanya. Hehe....

Dan bulan lepas jugak dapat la hadiah untuk joint GA Jemari Asmara. Alhamdulillah. Rezeki tu. Walaupun bukan kemenangan besar tapi seronok la walaupun kecil-kecilan je. Joint pun untuk seronok-seronok.

Dua minggu cuti sekolah, blog pun tak berupdate mana. Cuti sekolah memang bercuti betul la. Buah mempelam banyak yang gugur. Jadik habuan burung, kera, lembu, biri-biri. Memang rezeki dia orang. Sebabnya buah tu tak berapa nak elok. Boleh je makan tapi ada ulat buah didalamnya. Ada je yang elok. Tapi dalam 10 biji tu ada satu je.
;
Kera yang makan buah pelam tu banyak. Tapi ada dua ekor yang ayah aku suruh alert. Bapak kera yang besar. Sebabnya bapak kera dua ekor tu garang. Jangan dok acah-acah dia la. Nanti dikejarnya. Anak buah aku nyaris jugak la kena. Patut dipanggil perhilitan je kan?

Banyak benda nak cerita. Tapi melayan Aus ni saja dah macam tak cukup masa. Haha... Nanti blogwalking ye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Tahniah dear :D

    Ps: hadiah on d way kut, pos guna stem jd mungkin lambat skit..

    ReplyDelete
  2. Falsya cukup takut ngan spesis beruk kera nie kak..kalau nmpk mmg falsya yg lari dulu..kihkihkih

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..
    murah rezki

    ReplyDelete
  4. Harapnya sekarang ni dah dapat masa bersenggang 'sikit-sikit'. Lama juga rasanya tak ke mari.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign