Fresh from the owner...

24 June 2014

Macam kakak sepupu.

Anak buah aku yang paling tua umur 17 tahun. Yang paling muda baru sebulan lebih. Itu belah aku je. Belah husben yang paling muda baru je berapa hari lahirnya. Paling tua 16 tahun. Ada yang besar dan ada yang kecik. Belah aku ramai perempuan. Tapi belah husben ramai lelaki. Okay... seimbang la tu kan.

Kalau balik kampung aku, anak-anak bauh aku dah macam geng. Yang paling kamceng pun dah sangat besar. Dah 12 tahun. Masa kecik selalu ikut aku pergi mana-mana. Tidur pun dengan aku. Even demam pun nak aku jugak. Tak nak dengan maknya. Bila aku dah kawin, dia started tidur dengan ayah aku. Sampai sekarang. Daripada umurnya 5 tahun tidur dengan ayah aku. Hoho...

Kata anak buah aku: 'Acu ni macam kakak sepupu. Tak ada gaya mak sedara.' Haha... Muda ek mak saudara sorang ni?! Kakak sepupu pun kakak sepupu la. Janji happy. Bergaduh ke apa ke memang macam adik-beradik je orang tengok. Entah apa-apa la Acu ni. Sabar je la. Nak buat macam mana. At that kind of age, kita kena buat budak-budak ni macam kawan.

Apa-apa hal dia orang willing bercerita tanpa kita nak pun. Tadah telinga je la dengar. Cerita dia orang suka siapa, ada boyfriend/girlfriend ke tak... memang dia orang cerita la. Gedik je dengar. Anak buah aku yang sorang lagi kalau dia datang rumah mesti hulur pipi untuk aku cubit. Ngeee... Chubby sangat. Geram pulak. Masa umur 7 tahun kurus je pun. Dah darjah 5 ni gemuk bukan main lagi.

Even aku bawak anak-anak pergi kedai ke mana-mana je la, ada yang tanya: 'Anak ke?' Kenapa? Tak percaya ke? Terutama kalau melibatkan Aus. Putih gebu sangat tak sama macam kulit mak kot tu yang orang tanya tu. Mungkin jugak sebab mak ni awet muda. Kah3... Sabar je la. ^o^

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Hahaha...mesti mak sedara/mak si Aus ni nampak awet muda :)

    Saya pun dengan anak-anak sedara lebih kurang macam kawan je. Kalau raya dulu (sebelum kahwinlah) tukang atur tempat duduk dalam panggung. Tokey tukang beli tiket wayang juga!

    ReplyDelete
  2. best la macam tu..hihi sy pulak, sblah sy paling besar umur 7 tahun, paling kecik sebaya dgn mikail..kalau sebelah husband, ade sorang je umur 2 tahun lbh..hihi

    ReplyDelete
  3. dulu pun masa kecik2 rapat dgn makndak dan pakcu saya. tapi bila dah besar saya pun dah ada anak, anak2 diorang pun dah besar rasa macam awkward pulak. jumpa salam cium tgn pastu tak tau nak borak apa. beza betul...

    btw salam kenal :) jemput ke blog saya, www.kau5ar.com ya. saya ada buat bisnes sambilan secara online dan kalau sudi saya boleh kongsikan caranya. terima kasih!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign