Fresh from the owner...

23 June 2014

Jangan terlebih mengata.


Cerita tentang budak cacat yang diabaikan tu memang tengah hot sekarang. Semua orang tengah mencari salah si emak. Tak kira mana celah pun, orang akan korek dan gali sampai dapat cerita dan rupa sebenar si emak. Bila dah tahu, boleh pergi 'serang' kat fb. Tak pun update status dan mengutuk-ngutuk perbuatan dia yang macam tak ada hati perut tu.

Ayah aku memang tak boleh tengok budak lelaki tu. Reminded him of arwah adik aku. Kalau hidup dah 33 tahun dah sekarang. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Masa umurnya 9 tahun dia meninggal sebab demam panas. Kisah lama tapi bagi kesan besar dalam diri seorang ayah. Tambahan pulak ayah aku yang jaga adik aku tu.

Kisah Muhammad Firdaus ni memang ramai yang simpati. Dan ramai jugak yang mengata si emak. Pada aku, nak mengata biar la berpada-pada. Ini bukan sorang yang mengutuk si emak. Ramai. Entah berapa puluh ribu entah. Kita tak tahu cerita sebenar. Based pada akhbar dan tv je. Lepas tu tengok fb emaknya, mengata dan mengutuk lagi macam-macam.

Mungkin emaknya memang bermasalah yang kita sendiri tak tahu. Nampak profile pic fb memang cun tapi tu semua tak memungkinkan kita untuk judge dia kan? Macam sebelum ni kes anak tinggal emak kat hotel. Berkoyan-koyan orang kutuk, mengata dia tanpa tahu cerita sebenar. Tengik apa yang kat paper tulis terus kita judge dia anak derhaka.

Bila dah tahu cerita, apa pun tak boleh buat. Pergi la carik dia dan mintak maaf sebab termengata lebih. Boleh? Jangan sebab apa yang kita termengata dan terkutuk jadik sebab kita kena carik si polan dan si polan kat Padang Mahsyar.

 Besar tempat kat sana. Berapa ramai umat yang ada? Haiwan-haiwan lagi? Kat sana kita tak ada ruang untuk bergerak melainkan tempat kita berdiri tu je. Punyalah ramai manusia.

Sanggup ke nak mencari kat sana? Biarlah apa pun yang tertulis dalam akhbar mahupun yang tertayang di tv. Kita jangan la mengata dan mengutuk emaknya lebih-lebih tanpa tahu cerita sebenar. Kesian kat diri sendiri.

Sekadar pandangan aku sebagai seorang insan yang malas nak pikir lebih-lebih takut terpalit dosa tanpa sengaja sebab apa yang dibaca tak tahu kesahihannya macam mana. Kesian dalam hati tanpa perlu kutuk mengutuk di fb emaknya. Sekian.

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Kesian tengok budak tu, terasa kejam juga perbuatan si emak membiarkan anak begitu tapi setakat tulah je. Nak mengata lebih-lebih, mengumpat secara berjemaah, tak tahu cerita lanjut pun. Dengar-dengar cakap orang, baca suratkhabar sana-sini sikit, manalah nak buat kesimpulan yang benar.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign