Fresh from the owner...

02 June 2014

Cuti panjang pun bermula.




InsyaAllah, akan memulakan perjalanan hari ni balik kampung dengan aku terpaksa drive sendiri. Huhu... Husben ada. Tapi dia dah cakap tak nak drive langsung. Dia nak tengok macam mana aku drive plus ingat jalan balik ke tidak. Senang nak lepaskan balik sendiri nanti katanya.

Lagi satu, nak balik semula ke sini dia takkan datang ambik. Aku kena balik sendiri dengan ditemani ayah aku la. Ayah aku dah janji nak datang kalau aku balik cuti sekolah. Hehe... Tapi husben aku ni unpredictable sikit. Kalau dia rasa macam tak sedap hati je, sure dia datang jugak ambik. Biar la tak drive pun. Janji ada.

Tapi, aku ni tak pasti la boleh drive ke tidak sepanjang perjalanan. Sebabnya Aus meragam je semalam. Tak minum susu daripada pukul 11 sampai la pukul 4. Tidur pun nangis-nangis. Pukul 5 tadi baru menyusu jugak. Salah satu sebab kenapa husben suruh balik. Bawak jumpa ustaz si Aus ni.

Bab berat badan tu pulak, aku pun tak tau la kenapa jatuh banyak sangat. Sebelum ni 56kg kot. Timbang masa saringan untuk tibi. Bila timbang semula, Ya Allah... Kurang banyak kg nih. Salah satu simptom tibi turun berat badan akibat hilang selera makan. Selera makan tak kurang ye. Makan je. Cuma bila makan dengan anak-anak tu je la, sesuap mulut mak... bersuap-suap mulut anak. Mak kenyang macam tu je.

Selain daripada Aus meragam sepanjang malam dan dua tiga hari ni, aku tak berapa sihat. Selesema. Makanya, memang ada alasan la tak nak drive kan. Kah3... Lagi pulak baju pun tak packing. Satu apa pun tak buat. Husben penyayang cakap, campak je dalam beg. Tak payah lipat. Haha...


my foot: entri patut post hari sabtu tapi sebab tak sihat, terlupa nak langsung. haha... Alhamdulillah, dah selamat sampai kampung hari sabtu petang.


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. slmt bercuti.. smg cpt smbuh ye kak.

    sy pon nak balik kampung esk.

    ReplyDelete
  2. Kenapa aus tak mo menyusu. Ke tekak dia sakit? Biasanya mcm tu.

    ReplyDelete
  3. Untunglah budak-budak dapat bercuti di kampung. Boleh bebas bergerak ke mana sahaja. Takdalah duduk depan gadget aje kan.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign