Fresh from the owner...

23 June 2014

Anak yatim.


Anak buah aku anak yatim. Dah setahun abang ipar aku meninggal. Kejap je dah setahun. Masa result pmr keluar, dia terkenal la sebab satu-satunya calon yang dapat straight 8Bs. Haha... Terbaik!

Dia exam pun ayahnya dah tak ada. Bahagian dia kan? Tapi alhamdulillah, walaupun tak ada A tapi still okay. Dan dia pilih nak masuk kolej vokasional. 4 tahun tempoh pengajian dia. Pilihannya: welding.

Cuti sekolah baru ni dia cuma cuti seminggu je. Style kolej. Kalau ikutkan dia nak balik naik bas je. Maknya kerja. Lagi pulak maknya tak ada kereta. Kebetulan aku balik, aku la hantar dia ke kolej. Takkan nak bagi dia naik bas. Kesian pulak. Kuantan je pun. Tapi tu la. Selagi boleh, on je aku ni.

Petang tu sampai je kat sekolah dia, aku tengok ramai kawan-kawannya mak ayah yang hantar. Okay, mungkin aku yang ter'feeling' lebih... tapi terkesan jugak dalam hati kalau time balik kita tengok ke orang lain mak ayah hantar. Nak harap ayah dah tak ada. Ada mak saudara pun okay la. Boleh jugak hantar.

Orang lain ada yang lebih susah daripada tu kan? Betul. Tapi selagi mak saudara boleh tolong, aku tolong je. Masa aku suspek denggi time belajar dulu pun sedih gila sebab tak ada orang nak datang melawat. Seminggu kat wad, ayah aku je called. Nak datang memang susah.

Harapkan warden hostel la datang bawak anggur bagai. Dia jugak la yang hantar plus ambik aku daripada hospital. Mahal kenangan tu. Lagi pulak aku faham macam mana rasanya tengok orang lain parents hantar balik hostel. Anak lelaki pun manusia jugak. Masa arwah ayah dia meninggal, dia menangis belakang. Nampak macam okay. Tapi menangis pulak tiba-tiba.

Hopefully dia boleh habiskan 4 tahun kat kolej vokasional tu. Boleh la dia bantu maknya lepas tu. Dia plan pun tak nak pergi jauh daripada maknya. Nak kerja pun dekat-dekat situ jugak. InsyaAllah, niay dia baik ada la rezekinya.


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. ADUH....TERSENTUH HATI BACA N3 NI...NALURI SEORG IBU...MOGA SI BUJANG TU TABAH DAN KUAT SEMANGAT...INSYAALLAH ADALAH REZEKI MENUNGGU DI DEPAN TU.

    ReplyDelete
  2. buat baik dgn anak yatim berkat..

    ReplyDelete
  3. Mahu tak rasa sedih walaupun tak tunjuk. Nasib baik ada mak sedara yang ada ketika susah dan senang.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign