Fresh from the owner...

03 June 2014

Alkisah balik kampung.


Hari nak balik kampung baru packing baju. Haha... Sambil packing, masak buat bekal perjalanan. Anis start tak sedap badan. Sakit tekak. Muntah kahak seawal pagi. Lepas makan mee muntahkan mee pulak. Adeh... Ibunya pun sama je. Selesema. Mata pun pedih je. Tapi sebab dah packing barang and anak-anak pun dah ready, gagahkan jugak balik.

Husben kata kalau tak sihat postpone balik sebab yang kena drive pun aku. Dia nak jadik co-pilot je. Nak tengok skill. Boleh tak next time drive sendiri je. Ngeee... Start perjalanan memang kena tegur je. Adehhh... Katanya dia cuma tegur kalau benda tu merbahaya. Kalau tak, memang dia relax je la. Starting je. Dia tunjuk jalan segala. Katanya lagi dekat ikut highway berbanding jalan yang aku sedia tahu tu.

Aus pun sangat la baiknya. Okay je dengan abah. Tidur tak ada nangis-nangis. Memang senang nak berjalan jauh la dengan si kecik ni. Cumanya bila dah sampai kat kampung ni dia tak nak dengan orang. Leceh la sikit. Adehhh... Tapi sepanjang perjalanan memang terbaik la Aus ni.

Entri kena sambung kejap lagi la. Asyik berebut hp je dengan bebudak ni. Baru taip satu perenggan dah mintak hp. Acane? Entri ni pun dah karang daripada semalam tapi tak siap-siap jugak la. Sedih betul. Haha... Cerita banyak. Nanti la. Try karang dan bw jugak. Sabo je la.


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Selamat bercuti di kg Sal.. seronok cuti kat kg ni.. akak minggu ni baru nak balik.. anak2 dah sibuk tanya..

    ReplyDelete
  2. Dah berjaya la drive sendiri ye. Tapi kalo demam dan muntah tu mmg tak tahan la. harap2 dia dah okay skrg.

    ReplyDelete
  3. berjinak2 nak jadi driver la ni.. hati2ye..

    ReplyDelete
  4. Jadi, sekarang ni dah sampai kampunglah ya? Eh, kampung Sal kat mana pulak nih?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign