Fresh from the owner...

07 May 2014

Yang kita lihat dan dengar.


Hujan turun lagi membasahi bumi. Alhamdulillah... Hilang panas membahang. Tadi masa kalut nak angkat baju sebab hujan dah turun rintik-rintik (husben dah sound dulu, 'hujan' katanya. Tapi masa tu tak hujan lagi. Aku pulak tengah memasak kat dapur. Encik husben pegang Aus. Makanya aku buat selamba derk je. Hehe... Sekali tu hujan sungguh! Isk3...), aku dengar jiran depan marahkan anak dia.

Anak dia cakap 'nanti cikgu marah' sambil nangis-nangis. Maknya dah naik angin. Sekali terpandang ke aksi maknya tu. Aku rasa untuk budak sebesar anak dia yang umurnya around 11 years, sangat tak berapa patut la. Maknya cekak leher kot sambil marah-marah dan si anak menangis sambil cakap sakit. Budak-budak ni emosinya lain.

Dia akan besar dengan hasil didikan macam tu dan tak mustahil kalau dia pun jadi pembengis jugak nanti. Kesian aku tengok budak tu. Dah dia takut cikgu marah, nak buat macam mana? Marahkan dia pun tak solve problem jugak. Tapi cara handle tu yang tak berapa nak betul.

Jangan cekak leher anak. Biar marah macam mana pun. Aku garang jugak dengan anak-anak tapi belum sampai tahap buat macam tu. Anak-anak pun tahu kalau aku dengan husben marah, bukan sebab suka-suka. Tapi sebab sayang plus tak nak dia orang buat salah. Salah sikit-sikit tu biasa. Tapi kalau salah sebab kita dah tegur dua tiga kali memang kena la. Haha...

Setakat marah je la. Nanti bagi la reason kenapa kan supaya dia orang tahu. Tapi itu la... tengok pada apa yang jiran tu buat pada anak-anak dia, aku terfikir apa perasaan dia orang? Hari-hari boleh dengar suara sia marahkan anak-anaknya. Harapnya aku tak jadi macam dia la. Takut...

Aku pun tak mengata dia. Cuma mengingatkan diri sendiri jangan la berkasar sangat dengan anak-anak. Apa yang kita buat dengan apa yang kita cakap, kadang-kadang kita tak sedar jiran-jiran lain boleh dengar dan lihat. Minta dijauhkanlah hendaknya segala sikap dan sifat macam tu... -_-#



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. cekak leher anak?? ada ke patot.. kot ye pon tengah marah janganlah sampai mcm tu.. budak lagi kot..

    ReplyDelete
  2. Akak setuju...pengalaman mendidik 5 org ank. Akak bersikap terbuka, tegas dan toleransi. yg xbetul akak terus tegur, tanamkn displin dlm diri ank2 sejak kecil dismping menjadi pendengar yg baik. Puji jika mrk lakukn sesuatu yg baik.Alhamdulillah 4Farahs jadikan akak BFF mrk. ckp xpernah kasar n bila ditegur mrk terima dgn hati terbuka....

    ReplyDelete
  3. Itulah kan... kalau ibu bapa mengajar anak dgn sikap kasar anak pun akan mewarisi sikap tersebut. Semoga dapat elakkan kitabuat macam itu juga ya

    ReplyDelete
  4. agaknya sebab dia sendiri tak sedar perbuatan dia tu sbb terlampau marah. harap2 dia boleh jadi lebih bersabar lepas ni.

    ReplyDelete
  5. sampai cekik leher lagi...bahaya tu..budak pun boleh trauma.

    ReplyDelete
  6. Sy pun garang dgn anak anak tp.xsmp cekak leher anak cenggitu..

    ReplyDelete
  7. Syg pn garang ngn anak anak tp xsmp tahap mcm tuh

    ReplyDelete
  8. cekik.sabaq j la.
    smga kita dijauhkan dri biat sepeti itu..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign