Fresh from the owner...

12 May 2014

Simple dish.



Masakan orang malas. Haha... Tak nak cerita banyak. Hari ni punya masakan namanya Nasi Air Sambal Gesek. Cuma nak bercerita pasal sambal gesek tu. Dalam bekas yang kaler merah tu la.

Simple dish. Cukuplah dengan nasi yang dimasak lembik ala-ala macam nak jadi bubur gitu. Letak sup, sambal gesek dengan telur asin. Alhamdulillah... Kenyang.

Sambal gesek tu agaknya orang jawa punya kot. Aku ambik daripada seorang sahabat fb yang memang suka memasak. Macam-macam yang dia masak. Kiranya sambal gesek ni macam ganti sambal belacan la.

Goreng segenggam ikan bilis dengan minyak sikit. Lepas tu campur dengan cili padi dalam 5 biji, lada merah dalam 3 biji dan jugak bawang merah dalam 5 ulas dan dipotong kecik-kecik. Goreng sampai layu. Lepas tu tumbuk. Campur garam sikit dan perah dengan asam limau. Sedap jugak.


Makan tengah panas. Terangkat. Terbaik la. Terima kasih pada penyumbang resepi. Sedap je pada tekak aku. Anak-anak makan nasi dengan sup je. Pedas la sikit sambal gesek aku ni. Hehe...



posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. ingatkan biola je boleh gesek, sambal pon boleh gesek.. hehehe..

    sedapnya telur masin..rasa mcm nak makan bubur plak..:p

    ReplyDelete
  2. sambal gesek ni mmg makanan org jawa..sy pun belajar buat dr org johor..dh lama juga tak buat..mmg sedap makan dengan nasi panas2

    ReplyDelete
  3. sesekali makan macam ni, memang sedap kak :)

    ReplyDelete
  4. Janji pedas memang sedaplah. Pekena dengan telur masin lagi tu, duh sedap sampai ke KL rasanya!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign