Fresh from the owner...

06 May 2014

Lain yang demam, lain yang cari perhatian.



Budak kecik ni demam lagi. Tapi tak seteruk demam bulan lepas. Macam baru je kan demam. Memang pun. Aus ni demam terkejut. Terjatuh masa Alya tengokkan. Dia duduk dengan adiknya ni. Bila adik melonjak ke belakang dia tak sempat pegang dan jatuh. Masa tu aku on the way nak ambik si kecik ni la lepas basuh tangan.

Malam tu still main macam biasa. Tapi masa pegang rasa kaki dengan tangan tu hangat je. Checked suhu tak demam pun. Meragam la jugak sikit-sikit. Esoknya baru demam betul. Itu pun dah petang sangat dah baru la dok menangis je. Sampai abah nak kerja pun tak jadi kerja sebab kesian dengar si kecik nangis.

Malam tu dia 'starter' dua kali. Badan tak panas. Tapi bila check je melebihi 38°c. Bawak mandi la. Berapa kali entah bangun mandikan dia sebab panas dan asyik tersentak je. Bawak ke klinik pun dapat ubat. Doc kata tekak merah. Itu pun boleh sebabkan demam malam. Ada budak memang demam malam je. Alhamdulillah... Malam ni abah kerja, dan Aus okay-okay je. Demam tapi tak ada la macam dua hari lepas.



Sepanjang abah tak kerja dua hari lepas, budak-budak ni memang nakkan perhatian abahnya lebih sikit. Macam-macam peel ada. Abah dah la kureng sihat. Tapi nak buat macam mana? Aku cakap dengan husben: 'They seek your attention la. Jarang sangat ada masa kat rumah malam-malam.' 6 bulan plus mungkin tambah lagi 3 bulan, husben akan kerja malam je. Dah habis treatment baru la masuk shift dua minggu pagi dan dua minggu malam.

Memang tak jumpa abah kecuali hari tak kerja je. Siang-siang abah nak tidur sebab kerja malam tak boleh nak tidur mana. Kena handle project. Dah la dua orang je kerja malam. Balik rumah mesti mengadu oenat dengan tak dapat nak tidur sebab banyak sangat mold turun. Nak harapkan 'worker' pun tak boleh jugak. Dia 'staff' kena recheck apa anak buah buat. Huhu...

Tu la perangai budak-budak ni kalau abah ada. Nak berkepit je. Semua nak bercerita. Abah pun naik pening sebab tak tahu nak dengar yang mana dulu. Dengan adik yang kadang-kadang menangis tu lagi. Surrender kejap kena jaga anak ramai. Haha... Baru tau!!!


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. semuga aus sihat selalu...anak akk pun selalu demam mlm...

    ReplyDelete
  2. Hahaha, sesekali kena handle kesemua anak, baru dia tahu susah ke tidak ya :)

    Hope demam Aus akan cepat kebah.

    ReplyDelete
  3. sian aus .harap dh baik la skrg kan.
    akak, nk tnya boleh.. berkenan sy dgn watermark akak tu.buat sndiri atau tempah dgn sesape?

    ReplyDelete
  4. sian jugak kat budak2 tapi sian jugak kat abah. demi mencari rezeki menyara anak2. mesti anak2 rindu dgn abah mereka.

    ReplyDelete
  5. Sama samalah anak anak sy kak...abi diorg de memg diorg melepet aje kat abi die...nk perhatian abi diorg...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign