Fresh from the owner...

27 May 2014

Kenapa saya Big M?





Bajet macam la orang nak tahu kan? Haha... Tak kisah la. Nak bagitahu jugak. Kadang-kadang ada sebab Big M ni jadi. Bukan saja-saja. Walaupun selalunya saja-saja je memBig M kan diri sendiri. ^o^

Tengok pic tu boleh agak tak kenapa? Benda ni tak pernah jadi. Last jadi pun masa dalam pantang. Pernah jadi sekali dulu. Kira teruk jugak la sampai doc nak operate. Masa tu Alya dah 3 bulan. Memang demam. Bengkak teruk sampai pecah sikit tempat bengkak tu. Merah jangan cakaplah. Makan ubat hospital bagi pun tak jalan. Memang dah clogged.

Pergi berurut, Ya Allah... sakit jangan cakaplah. Tapi tak ada la menjerit-jerit. Muka cool gila tapi sakit tu Allah je tau. Tukang urut pun siap cakap ada yang lagi teruk daripada aku datang. Tapi aku dah lupa kesudahan cerita dia. Hehe... Doc punya suggestion la yang terbaik. Mintak tolong husben sucked. Ubat dah tak jalan.

Kali ni jadik pulak time Aus. Adehhh...!!! Sabar dan redha je la. Aus dah nak masuk 9 bulan dah pun. Aku ingat lepas pantang tak ada dah kejadian macam ni. Rupa-rupanya ada. Last week la aku noticed. Bangun subuh pagi nak mandi, rasa macam tak berapa best je breast yang problem sejak dulu ni.

Rasa macam bengkak sikit. Rasa ngilu-ngilu gitu. Bila picit nak keluarkan susu, minyak keluar dulu baru susu. Lepas tu minyak sekali dengan susu. Memang berminyak-minyak. 

Lepas daripada sesi mengeluarkan susu tu la baru rasa sakit. Dan bengkak the next day. Bukan the whole breast tapi satu part je. Still boleh buat kerja lain walaupun kadang-kadang rasa terganggu jugak.

Kadang-kadang datang rasa menyucuk tu. Sakit la. Bila rasa bengkak, kepala dah fikir lain. Dalaman ni tak nampak kan? Tapi Aus menyusu lagi. Okay, mungkin terlebih fikir. Kalau ada entri yang aku buat pun entri paksa. Sebab tak nak la sunyi sangat blog ni.

Kesnya aku kena bengkak susu at the age Aus nak masuk 9 bulan. Memang plan nak taip detail tadi. Tapi macam panjang sangat la pulak. Kita buat. By parts la ye. Ada yang nak tau jugak ke cerita pasal Alya tu? Saja je cerita tak habis kan? Hahaha...







my foot: selamat cuti sekolah ye anak-anak. manfaat cuti sekolah sebaiknya.


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. adeh..mmg bisa n menyucuk2 tu...moga cpt ok ye.....

    ReplyDelete
  2. Uhuh, kalau ini puncanya bolehlah dimaafkan kedatangan Big M tu. Bukan sengaja nak melanda dirikan. Moga cepat baiknya. Errr, suggestion doktor tu mmg ohsem ler. Tak suggest pun tau dah :)

    ReplyDelete
  3. Bila bngkak susu memg skit...nak nak time baby nyedut tuh...adoiii

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign