Fresh from the owner...

20 May 2014

Hari terbuka kindy Alya Anis.


Tidaklah rajin. Tapi dah pegang hp ni update sajalah satu entri pagi ni. Hehe... Hari ni hari terbuka tadika Alya dengan Anis. Makanya tak sekolah la budak solehah dua beradik. Nanti ibu je pergi tadika ambik report card dengan tanya cikgu perkembangan dia orang kat sekolah.

Tapi yang pasti, budak-budak ni mesti nak ikut punya. Lepas hantar dia orang mengaji pagi ni terus gerak ke tadika la kot. Tengoklah macam mana. Semalam baru sempat buatkan hadiah untuk hari guru dia orang. Hari ni nak bagi kat guru mengaji pulak. Guru mengaji pun guru juga. Orang yang mengajar sampai pandai baca Al-Quran kan.

Budak dua beradik sibuk nak bagi mug. Tapi tahun lepas dah bagi pun. Walaupun cikgu lama cuma tinggal sorang tapi takkan bak bagi mug juga. Sudahnya ibu tukar dengan brooch. Buat kad menggunakan kertas sticker ditampal pada magnet paper. Jadi cikgunya boleh tampal kat peti ais ye. Tak sempat nak snap pics sebab busy.

Pagi semalam baru teringat hadiah tak bersampul lagi. Macam mana tu? Haha... Kelam-kelibut la jugak. Sebenarnya ingatan tu je yang bermakna. Hadiah tu menambah warna. Tanda terima kasih sebab ilmu yang diberi lebih berharga kan?


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Hadiah? Br teringat yg aida lupa langsung nak balut hadiah utk cikgu skola agama anak2. hi hi hi now aida kat sarawak, kursus :-(

    ReplyDelete
  2. kretif la mak mak alya ni. Nak gak tgk ucapan fridge magnet tu.

    ReplyDelete
  3. anak-anak teruja nak hadiahkan pada cikgu

    ReplyDelete
  4. setuju sgt2....yg plg pnting ingatan n doa buat guru2...

    ReplyDelete
  5. cikgu mesti rasa happy bila terima hadiah..:)

    ReplyDelete
  6. Saya tanya anak nak bagi Laoshi hadiah hari guru ke tidak, dia tak jawab. Selamatlah Mommynya daripada ongkos membeli, membalut dan sebagainya :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign