Fresh from the owner...

15 May 2014

First time!!!




Aus tak tidur sepanjang malam tadi. Bukan tak tidur langsung. Tidur la dalam 5-15 minit. Setiap setengah jam je nangis. Lama jugak nak bolegkan dia senyap dan tidur. Pukul 10, 11, 12 dan last sekali pukul 3. Langsung tak nak tidur. Puas pujuk rasanya.

Aus sebenarnya batuk dengan selesema. Batuk baru semalam. Selesema dah 2-3 hari. Masa nak tidur malam tadi ok je. Dah lama sikit dia tersedar dan menangis. Ibu pun dah lelap. Layan je la.

Bila dia menangis lagi laju nafas dia. Lagi macam susah nak bernafas. Memang aku perasan ada bunyi sikit. Tapi dia macam aktif je pun. Jadi wait and see la. Sampai la pukul 3 lebih tadi bila dia tak nak tidur langsung.

Tengok nak bernafas pun susah. Makanya, kejut la budak 3 beradik. Takkan nak bawa Aus pergi klinik nak tinggalkan dia orang. Tersedar nanti susah pulak. Dia orang ok je bangun. Tak ada masalah pun.

Pukul 3 pagi tu la pergi cari klinik 24 hours. Nak ambik neb je. Dekat dengan perumahan ni klinik tutup. Yang bukak kedai mamak dengan 7e. Kedai runcit 24 jam pun bukak la. Dah tak ada klinik dekat, kena pergi yang jauh. Aus masa tu dah senyap. Dok tengok alam sekitar. Tengok bulan. Still breathing laju.

Sampai klinik, dapat neb dan ubat bagai... baru la nampak aktif semula. Mulut pun dah bising. Itu pun ada 1 je klinik 24 hours. Nasib baik ada. Kalau kat kampung, pergi emergency je. Kat sini hospital jauh. Huhu... 

Balik dari klinik baru la boleh tidur tanpa perlu dipangku, didukung. Bila batuk pun ok je. Kalau tak tadi, batuk pun nangis. Dah boleh tidur dengan tenang.

Kakaks dengan abang pun dah tidur jugak. First time dalam sejarah duduk PG ni aku pergi klinik seawal pagi untuk nebkan si Aus. Kat kampung pun pernah tapi aku tak angkut semua anak-anak. Tinggalkan je. Yang ni kena bawak semua sebab husben kerja malam.

Apa pun, fast recovery Aus sayang!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. demi kesihatan anak-anak kak, redah jua biarpun sorang dan t/mlm. Moga aus cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Alamak, kalau saya patah kaki rasanya bila suami takda dan kena mengangkut anak-anak seawal pagi gitu.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign