Fresh from the owner...

19 May 2014

Big M.


Tak ada mood nak menaip dua tiga hari ni. Mungkin sebab badan tak berapa sihat. Pegang hp pun malas. Macam mana? Dua hari ni banyak tidur je. Jumaat Sabtu budak dua beradik tak sekolah. Relax sikit la.

Aus pulak tak berapa nak tidur dalam buai. Tidur atas dukung or sambil menyusu... lepas tu baru boleh letak dalam buai. Dua hari tu aku bawak masuk bilik je. Tidur dalam bilik sejam dua. Memang lama jugak tidurnya. Mungkin jugak sebab batuk dengan selesema tak baik lagi.

Sekarang ni still batuk. Selesema dah ok. Cumanya meragam tak nak tidur buai jugak. Sabar je la. Penat la berdondang sayang. Bukan ringan-ringan lagi dah si imam muda ni. Adoiii la anak...

Semua-semua tu jadik penyumbang pada perasaan M tu la. Hari ni pun sama. Kejap bukak blog. Tak sampai seminit dah closed. Pesal entah. Malam ni sementara menunggu budak tiga beradik habiskan cerita Ninja Hatori, layan jugak la tulis blog. Sayang pulak kalau tak taip apa-apa.

Nanti-nanti bw ye. Mata pun dah sama ngantuk jugak. Macam mana tu?


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. time cuti sabtu ahad husna pon puas ambek mood nak menaip..punya laa susah..penyakit M punya pasall..

    ReplyDelete
  2. Bila big M dah melanda, memang tak dapat nak menolongnya :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign