Fresh from the owner...

29 May 2014

Appointment yang tertunda.



Sepatutnya ke sini sehari selepas birthday Azfar tapi tak pergi pun sebab ada hal sikit. Sudahnya tunda ke hari ni. Ini appointment untuk tibi. Next appointment lagi 6 bulan.

Aku dah sah-sah kena x-ray. Memang dia cakap awal-awal lagi dah. Lepas x-ray kena jumpa doc. This time around lain pulak doc ni. Dia ambik x-ray dan tengok. Kemudian ambik yang lama. Tengok lagi. Kejap-kejap bandingkan dengan yang baru. Ada yang tak kena la tu.

Kemudian dia cakap nak tunjuk x-ray kat bosnya tapi bos tak ada la pulak. Bilaaku tanya ad something wrong ke dia cakap tak ada apa-apa. Ala, doc ni. Macam la aku tak tahu. Jadinya dia cakap kalau ada apa-apa dia orang akan call. See!!! Sedangkan sebelum ni tak ada apa pun.

Dia pesan mintak nurse bahagian tibi hantar semula x-ray tu kat dia untuk ditunjukkan pada bosnya. Suspicious kan? Kalau tak ada apa-apa mesti dia tak mintak semula la x-ray tu. Eleh... macam la aku tak tahu. Apa-apa je la.

Husben la yang jumpa nurse bahagian tibi tu. Entah apa dia cakap aku pun tak tau sebab aku tunggu kat luar je. Tapi yang aku dapat tangkap dia kata ada kelainan pada x-ray aku tu. Mungkin salur darah tersumbat kot.

Tunggu je la nanti apa pun resultnya.


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Moga tiada apa2 ye.. Moga Allah melindungi kita dari segala penyakit yg merbahaya...

    ReplyDelete
  2. Harapnya takda apa-apalah ya. Perasaan je tu, Sal.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign