Fresh from the owner...

13 May 2014

Alya oh Alya.


Ni cerita minggu sudah. Asyik terlupa je nak cerita. Minggu sudah budak-budak ni tak berapa sihat. Ada yang batuk, sakit perut, demam dengan headachenya lagi. Sakit yang berbeza-beza. Tapi tak apa.

Alya memang susah nak makan nasi. Tapi dia paling suka bubur. Alya tu kalau makan suap laju je. Tapi disebabkan Aus tak berapa nak sihat makanya dia tak makan la sangat. Kecuali apa yang aku bagi bekal kat sekolah.

Tak pun kalau Anis makan, dia menyibuk la. Aku mintak Anis je suapkan si kakak tu makan. Tapi dia tak nak makan. Memang dah paksa ni. Dia cakap tak sedap tekak. Ok la kaalu gitu. Paksa-paksa nanti keluar semula isi perut, lagi susah. Lagi meragam.

Jadi malam tu tidur je la macam biasa. Aku pun tak ada la lena sangat. Dok perhatikan Aus. Lebih kurang pukul 3 lebih aku tertido. Kemudian aku dengar suara Anis tanya: 'Siapa bukak pintu?' Pintu bilik terbukak tapi tak ada la luas pun. Aku kunci pintu bilik sebab husben kerja malam. Anak-anak semua lego satu bilik je. Senang nak monitor.

Kemudian Anis tanya lagi: 'Kak Long mana?' Adeh... Macam mamai-mamai gitu. Dengar Alya tak ada terus bangun. Tengok jam baru pukul 4 lebih. Mana pulak dia pergi. Cari dalam bilik dia tak ada. Tengok dalam bilik air luar pun tak ada. Mana tau sakit perut ke apa. Belum nak panik lagi ye.

Turun tangga, nampak elok je dia kat meja tengah makan buah jambu. Senyap je. Dah la lampu bawah dia tak bukak. Harapkan lampu dapur je. Dan yang aku sangat la terkejutnya tu... sebab dia berani pulak turun bawah sorang-sorang. Pukul 4 pagi tu.

Dia cakap dia dah kejut tapi aku macam tak bagi respond. Baru sangat tido. Memang tak berapa nak sedar la. Aku tanya dia lapar ke? Dia cakap lapar. Jadi buatkan dia nasi goreng dengan air milo. Lepas makan, dia naik atas tido macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dalam hati, mengigau ke apa Alya ni? Huhu...

Bila kenangkan dia turun sorang-sorang kat bawah sebab lapar, hati ibu ni... 'Ya Allah... Kesiannya anak aku.' Lapar punya pasal boleh je turun sorang-sorang. Tak takut apa pun. Ibu je la macam dramatik sikit masa nak turun. Ada lebihan 'imaginasi' dalam kepala ye. Padahal tak ada apa-apa pun. Saja je nak buat scary movie... ^o^


- Tarikh kejadian: 6 Mei -



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. alya tak pernah turun sorang ke kt bawah sebelum ni?nmpk sgt dia betul2 lapar..kesian.hehe

    ReplyDelete
  2. sebab lapar terus jadi berani yer. kalau ema pun suspen kak..

    ReplyDelete
  3. alahai..siannya Alya.. sempat pula kak buatkan nasi goreng untuk alya...

    ReplyDelete
  4. Mahunya tak takut! Kira Alya beranilah tu turun seorang diri. Dah lapar sangat agaknya. Mujurlah takda apa-apa. Dapat gak makan nasi goreng dan minum milo :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign