Fresh from the owner...

12 May 2014

Alya, Anis dan exam.


Last week, budak dua beradik exam. Daripada Ahad sampai Rabu. Paling relax Anis. 24/7 relax minah kecik tu. Periksa ke tak ke... sama je. Tak siap homework pun sama jugak. Memang jarang tak siap homework kecuali kalau dia demam tak datang sekolah and cikgu bagi kerja sepanjang dia tak datang tu untuk buat kat rumah.

Tapi Alya lain sikit. Kalau dia terlupa buat homework memang dia gelabah gila. Ada la jugak jadik. Balik sekolah aku akan tanya ada homework ke tak. Kemudian akan tanya lagi. Dan last sekali petang la aku tanya ada tak homework. Tapi time nak tido malam tu la baru cakap ada 1 homework lupa nak buat.

Macam mana tu? Mula la gelabah. Pesan suruh kejut awal-awal nak buat homework. Kebiasaan spelling la. Time pagi la baru nak buat. Sambil aku masak sambil layan dia spelling bagai. Adoiii la... Alhamdulillah, pagi-pagi tu penerimaan dia sangat la bagusnya. Tapi yang geram tu bila tanya cakap tak ada. Dah malam baru ada.

Dekat-dekat nak exam lagi la haru. Anis macam biasa la. Relax sister, sister relax. Alya la dok mengira hari bila nak exam. Sampai tak nak pergi sekolah pun ada. Takut nak exam. Takut tak boleh jawab soalan. Nanti cikgu marah katanya. 'Kalau tak boleh jawab macam mana?'

Alahai anak!!! Kecik-kecik dah stress nak exam. Masuk primary school macam mana la agaknya. Kesian la pulak. Ibu dengan abah okay je. Tak dapat jawab tak apa. Dah cuba kan. Tak dapat 100%  pun tak apa. Buat yang termampu je. Dah berusaha.

Apa pun... Ibu dengan abah doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu ni. Yang penting jadik anak solehah dunia dan akhirat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. 2lh kan anak2 yg lahir dr rahim yg sama tapi punya sikap berbeza..begitulah dengan ank2 akak seramai 5 org....semuanya berbeza.....
    Apapun syabar utk alya..anis tu jenis yg cool kot...he3...

    ReplyDelete
  2. Hehehe...sikap ank ank yg xsama kan...berbeza..

    ReplyDelete
  3. Samalah, anak saya pun tiap hari kena tanya berapa homework ada. Kalau tak 'sound' mesti tak mula nak buat. Lepas tu sedih bila tengok homework banyak dan hari dah lewat malam.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign