Fresh from the owner...

27 May 2014

A token of appreciation.




Husben cakap kat anak-anak: 'Ini kereta ibu. Abah bagi awal sikit hadiah anniversary.' ≥﹏≤ Sangat terharu sebab aku tak mintak pun. Ini bermakna apa-apa hal memang aku la yang kena drive which aku rasa jadik penumpang lagi seronok. Haha...

Sebab husben dia pemerhati dalam diam. Kalau silap drive memang kena la. Bukan la dia marah tapi menegur. Semalam kena sekali. Dia cakap aku guna brek kereta tak betul. Okay, memang pun. Kena baiki lagi. Kalau tak macam bullets la kena nanti.

Husben kata disebabkan dah 'lemak' sangat jadik co-pilot, kena asah skill yang 7 tahun dulu aku bawak selamba je jalan jauh. Sekarang ni ada rasa macam tak berapa nak yakin lagi tapi trying to develop semula perasaan takut-takut berani tu ye.

Kalau dulu selamba je langgar kereta yang parking tepi jalan sampai nak lalu pun susah. Bukan langgar kereta tapi side mirror je sampai tercabut. Sorry ye tuan kereta. Itu di KL. Di Shah Alam, tercium bontot myvi dekat roundabout sampai orang tu pulak takut-takut nak mintak ganti rugi. Husben ada okay. Tengok muka husben pun tak, macam mana?

Sempena cuti sekolah, husben kata drive sendiri la kalau nak balik kampung. Errkkk... Betul ke ni bagi aku drive jauh tanpa dia? Yakin? Dia jawab: 'Yakin!' Macam tak percaya je. Husben kata tak boleh cuti plus sayang nak ambik cuti. Boleh percaya ke tak ni?

Aku rasa tak pun sebab Aus kecik lagi. Breastfeesing pulak tu. Hari tu dia ada cakap tunggu la Aus dah besar sikit dalam setahun dan tak mengempeng sangat, boleh la aku bawak anak-anak je balik. Sekarang ni kalau Aus menangis, susah pada aku. Itu kata dia. Tapi semalam cakap lain.

Kita tunggu dan lihat je la. Ini kereta yang tak berapa nak baru tu ye. Masa tu ia baru seminggu ada kat rumah. Alhamdulillah... rezeki anak-anak. Sekarang dah sebulan lebih. Bukan kereta mewah tapi tetap jadi keperluan.

Thank you husben for this token of appreciation.

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Dah ada brand new car ni bolehlah mula mengasah balik skill yang dah lama ter'padam' :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    Best tu ahdiah 'besar' :)

    Sekarang kereta dah jadi keperluan kan ;D

    ReplyDelete
  3. wow bestnya..kalau la akak dpt hadiah kereta baru maunya 1 minggu msk sedap2 utk cik abe...he3x....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah walaupun bkn kereta mahal atau bsar tp ckup utk anak beranak kan..best dpt hadiah anibesari...

    ReplyDelete
  5. Untungnya dpt hadiah kereta. :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign