Fresh from the owner...

29 April 2014

Tersedak susu, apa yang kita perlu lakukan.


image  

Pic tak ada kene mengena dengan cerita. Tapi berkongsi sesuatu yang aku baca. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu. Tapi ilmu ni wajib la kita kongsikan. Especially melibatkan anak kecil. Sekurang-kurangnya kita boleh lakukan sesuatu. Perkongsian ni aku ambil dari sini: 

http://www.mamapeduli.info/2013/07/tersedak-susu-apa-perlu-dilakukan.html?m=1

Kalau rajin nak baca klik je link tu. Tapi 
aku ambik main point utama dia apa yang kita perlu buat kalau baby tesedak susu. Firstly, jangan panik. Aku tahu kalau husben ada, aku akan panik. Tapi kalau aku sendiri je, insyaAllah... aku boleh je bertenang.

Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur,” katanya.

image
google je. Aus pun ada tapi chrome.

Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa.

Ini menandakan mereka sudah boleh bernafas. Bagi bayi yang tercekik makanan, sekiranya makanan yang ada dalam mulut kanak-kanak tidak keluar, korek sehingga mereka terbatuk atau memuntahkan makanan itu.

Tindakan ini perlu dilakukan segera dalam satu minit pertama sebelum mangsa dibawa ke hospital. Dikhuatiri kelewatan melakukan bantuan kecemasan ini akan menyebabkan anda kehilangan orang yang tersayang,” katanya.


Selain tersedak susu dan tercekik makanan, kebanyakan kematian mengejut membabitkan bayi dan kanak-kanak berpunca daripada sindrom goyangan bayi, tidur meniarap dan kecederaan bilik mandi.

Ramai ibu bapa tidak tahu hayunan di dalam buaian boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi. Ini kerana di dalam otak bayi masih mempunyai ruang di antara tengkorak dan otak. Gegaran yang kuat akan menyebabkan berlakunya pendarahan, seterusnya menyebabkan kematian.


image


Yang paling utama, jangan sesekali anda panik

Terbalikkan bayi anda dengan memusingkan mukanya ke bawah dan letakkan bayi anda pada bahagian lengan anda seperti contoh di atas.

Dengan menggunakan hujung tapak tangan, tampar dengan sederhana kuat di belakang bayi anda berkali-kali. Jika tiada tindak balas juga, anda boleh melakukan CPR pada bayi anda.

Bagaimana Caranya Melakukan CPR?

Letakkan dua jari anda pada tulang dadanya dan satu jari anda di bawah paras puting bayi. Tekan sebanyak empat kali berturut-turut sehingga satu setengah inci secepat yang mungkin pada bahagian dada bayi anda.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. info menarik.. yang penting.. JANGAN PANIK..huhu.. saya kalau panik, lupa suma..

    ReplyDelete
  2. aida selalu pantau anak2 menyusu kat umah. and dgn teacher taska always remind they all tentang keselamatan. malang tak berbau kan. penting ni!

    ReplyDelete
  3. Tip yang baik buat Ibu2

    ReplyDelete
  4. mohon Allah jauhi daripada perkara ini. tp kalau terjadi, harap2 tak panik dan terima kasih sbb berkongsi.

    ReplyDelete
  5. kena selalu beringat...lepas bagi susu jangan terus baring elok sedawakan dulu..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign