Fresh from the owner...

01 April 2014

Susulan WW #74.



Baru nak cerita pasal WW last weel kan? Sengal. Haha... Itu favorite items yg aku simpan. Name tag tu aku antara last batch yang guna kaler merah. Lepas tu kaler biru. Time aku, baju pink, kain merah. Tudung tak ingat pulak. Lelakinya, baju pink seluar putih. Dah berpuluh tahun kaler biru tu still untuk pengawas. Students biasa nametag kaler hijau. Class Rep kaler hitam. Lepas tu nametag jenis kain, jahit kat baju. Huhu...

Medal tu pulak masa dijemput as guests acara relay 4x100 meter. Aku tak tahu la sekolah-sekolah lain. Tapi setiap kali ada sukan sekolah mesti ada acara jemputan 4x100 ni. Mungkin antara acara yang ditunggu sebab bersaing antara sekolah kan?! Mula-mula joint relay campuran. Dah masuk sekolah menengah, sesama kaum je.

Medal ni dapat masa jadik jemputan untuk sukan sekolah SBP. Tahun last masuk olahraga. Lepas tu bersara terus. Cukup-cukup la aktif. Penat berlari ni. Haha... Tapi enjoy joint sukan ni sebenarnya. Boleh cuci mata tengok budak-budak hensem sekolah lain... ≧∇≦

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Assalamualaikum Sal...

    Terima kasih sudi ke teratak bunda..anak perempuan bunda no 2 dulu masa sek men Pembimbing Rakan Sebaya PRS...baju kurung n tudung pink..kain maroon...perempuan yang bungsu...sek ren pengawas sekolah...baju kurung n tudung biru muda n kain biru tua....sampai darjah 6..
    Bila masuk sek men dia tak nak jadi apa2 pengawas dah...penat katanya..hehe

    ReplyDelete
  2. skrg ni masih ada acara jemputan kalau diadakan kejohanan olahraga....wah aktif sukan ye....akak ni kaki bangku sejak dibangku sk...he3x...

    ReplyDelete
  3. wah masih simpan elok.. bagusnya...

    ReplyDelete
  4. hihi.kenangan kan.

    akak, smga kakak akak diberi.kekuatan
    in shaa Allah.mmg agak sukar.saya sndiri dlu pon amik masa.mak lagi la.sikit sikit nangis. skrg dah ok sikit. tapi tu la mcm sya kata, kalau tgk trak atau tentera pakai baju celoreng comfirm nangis jugak

    ReplyDelete
  5. betul2... suka skodeng budak skolah lain. hahaha.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign